Point2sop

Followers

Monday, March 7, 2011

kepentingan menutup aurat menurut islam

Setiap hukum yang diturunkan oleh Allah S.W.T mempunyai tujuan dan hikmah yang pasti mendatangkan kebaikan untuk manusia. Ini kerana menghasilkan kebaikan atau maslahat bagi manusia merupakan tujuan utama syariat islam diturunkan. Justeru, ahli fekah telah mengkategorikan kebaikan manusia perlu dijaga kepada tiga maslahah darurat, hajiat dan tahsinat. Maslahah darurat bermakna segala kepentingan yang perlu dijaga oleh manusia, jika tidak, kehidupan manusia akan pincang. Masalah darurat ini mengandungi lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta. Setiap satu dari lima perkara ini amat dijaga oleh syariat Islam melalui dua bentuk iaitu berbentuk perintah dan larangan serta berbentuk hukuman.
Dalam tulisan ini ingin dibincangkan dua dari lima perkara yang mesti diberi perhatian oleh manusia iaitu agama dan kehormatan. Di sinilah relevennya perbincangan falsafah aurat wanita. Jika ditanya mengapa wanita perlu menutup aurat? Maka jawapan yang paling ringkas yang boleh diberikan ialah untuk menjaga agama dan kehormatan manusia sejagat.

Bagaimana? Jawapannya ialah: Agama islam mahukan kehidupan manusia di duni
a ini berjalan dalam keadaan yang baik, tenang dan tenteram dalam semua bentuk perhubungan sama ada perhubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia atau manusia dengan makhluk lain. Kunci bagi ketenteraman ini adalah hati sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam badan manusia itu ada seketul daging, apabila baik maka akan baiklah seluruh jasad (tindakan-tindakannya), dan sekiranya ia rosak maka akan rosaklah segala jasad (tindakan-tindakannya). Ketahuilah seketul daging itu adalah hati.” (Al-Bukhari).
Hati manusia ini pula melalui panduan yang diberikan oleh Rasulullah SAW boleh menjadi kotor dan boleh menjadi bersih dari segi rohaninya. Hati ini akan menjadi hitam apabila manusia terlalu tenggelam dalam memenuhi tuntutan syahwat yang dilarang oleh syariat islam. Antara bentuk syahwat yang paling sukar dikaawal lelaki terhadap wanita sebagaimana yang terungkap dalam firman Allah yang bermaksud: “Diperhiaskan (dijadikan indah) kepada manusia syahwat terhadap wanita, dan anak pinak…” (Ali Imran:14).
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pihak zionis dalam protokolnya untuk menghancurkan umat islam menyenaraikan ‘merosakkan wanita’ sebagai salah satu senjata bagi melumpuhkan umat islam. Ini kerana apabila wanita Islam berjaya dirosakkan termasuklah ‘menelanjangkannya’ maka semua lapisan masyarakat akan rosak terutama dari aspek hubungannya dengan Tuhan dan sensitivitinya terhadap disiplin syariat islam.
Dengan itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa perintah menutup aurat bagi wanita dalam syariat islam adalah bertujuan untuk memebersihkan masyarakat Islam daripada ditenggelami oleh ‘gelora syahwat’ yang akhirnya akan mengakibatkan umat islam lupa terhadap kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Inilah maksud kebaikan adalah kembali kepada manusia itu sendiri. Selain daripada itu, perintah menutup aurat ini juga adalah satu ‘rahmat’ Allah terhadap kelemahan yang ada pada manusia sama ada lelaki ataupun perempuan dalam berhadapan dengan kebangkitan dorongan seksual yang tidak kena pada tempatnya (yang dilarang oleh syarak).

Justeru, al-Qur’an telah memerintahkan wanita-wanita beriman supaya menutup aurat mereka dengan sempurna melalui firman Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)…(al-Ahzab: 59)

Hadith-hadith Rasulullah SAW amat menekankan tentang aurat. Antaranya Rasulullah SAW pernah mengungkapkan istilah ‘ perempuan berpakaian tetapi telanjang’ di dalam salah satu hadith baginda. Ini kerana, sekalipun perempuan itu telah memakai pakaian tetapi pakaiannya tidak dapat mengelakkan fitnah yang boleh merosakkan hati dan perlakuan umat Islam. Daripada hadith ini juga para ulama telah mengemukakan garis panduan menutup aurat dalam Islam. Antara panduan yang telah diberikan ialah pakaian yang dipakai hendaklah memenuhi criteria-kriteria berikut

i. Hendaklah menutup semua anggota yang termasuk dalam kategori aurat iaitu seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan, kecuali wanita yang mempunyai rupa paras yang terlalu cantik dan boleh menimbulkan fitnah apabila lelaki melihatnya, maka wanita seperti ini wajib menutup seluruh tubuh badannya (berpurdah).

ii. Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.

iii. Pakaian tidak jarang hingga menampakkan kulit badan.

iv. Menurut setengah ulama’ warna pakaian hendaklah berwarna sederhana yang tidak terlalu menarik perhatian.
Kriteria-kriteria pakaian ini adalah bersifat mutlak tanpa mengalami apa-apa perubahan sejak dahulu hingga kini. Amat tidak munasabah sekali apabila munculnya suatu pandangan yang menganggap rambut wanita bukanlah ‘aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal di mana perjuangan menentang hijab atau menutup aurat ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Kononnya ia adalah punca kemunduran dunia Islam. Sedangkan mereka lupa bahawa punca kemunduran sebenar adalah kita meninggalkan agama yang tulen dan membiarkan kepalsuan, bid’ah serta kemungkaran hidup dalam masyarakat. Persoalan aurat ini seperti yang ditekankan sudah banyak dibahaskan. Setiap pengkaji Islam boleh merujuk kitab-kitab tafsir yang berpandukan nas-nas syarak dalam menafsirkan Surah Al-Ahzab: 59 dab An-Nur: 60. Dalam hal ini, ada ulama’ yang bertegas menyatakan seluruh tubuh wanita adalah aurat. Ini seperti yang dipegang oleh kebanyakan ulama’ di Saudi sekarang.
Oleh: Hasnan Kasan, UKM

1 comment: