Point2sop

Followers

Thursday, November 30, 2017

KESELAMATAN ELEKTRIK (ELECTRICAL SAFETY)

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang terhasil daripada pengaliran elektron. Ia adalah satu terma am yang merangkumi tenaga yang berkaitan dengan caj elektrik sama ada statik atau dinamik
 Satu bentuk tenaga yang efisien dan mudah.
 Kegunaan:
  • Pencahayaan
  • Pemanasan dan
  • Aplikasi tenaga (oven relau dan lain-lain)

FAKTOR MEMPENGARUHI ELEKTRIK
  • Voltan (Volt) : Daya penggerak bagi tenaga elektrik
  • Arus (Ampere) : Pengaliran sebenar elektrik
  • Rintangan (Ohm) : Sifat bagi litar atau laluan di mana elektrik mengalir dan menawarkan rintangan bagi arus

SIFAT-SIFAT ELEKTRIK
  • Tidak boleh dilihat
  • Tidak boleh didengar
  • Tidak boleh dihidu

PEPASANGAN ELEKTRIK
Merangkumi:
  • Litar (circuit)
  • Konduktor
  • Suis utama dan setempat dan papan agihan (main suis, local and distributing board)
  • Pemutus litar (circuit breakers)
  • Fius
  • Soket dan palam (plug)
LITAR
  • Di mana arus elektrik mengalir
  • Membekalkan punca tenaga
  • Dilengkapi dengan konduktor untuk membolehkan arus dibendung
KONDUKTOR
  • Suis utama berfungsi menerima sumber arus elektrik dari punca dan mengagihkannya kebahagian lain yang memerlukan.
  • Bertujuan untuk memberhentikan pengaliran arus elektrik di dalam litar.
  • Papan agihan menempatkan suis utama, pemutus litar serta suis lain yang berkenaan. Ia menerima arus elektrik dari luar sebelum diagihkan.
PEMUTUS LITAR (CIRCUIT BREAKERS)

Berfungsi apabila berlaku lebihan beban Mengelakkan dari lebihan haba panas yang
boleh menyebabkan kebakaran Berbentuk suis tertutup Mempunyai mekanisma menendang suis dari posisi terbuka (on) ke tertutup (off) jika arus berlebihan mengalir melalui litar

FIUS
  • Satu helai logam nipis yang akan lebur pada nilai di bawah nilai arus berlebihan
  • Mematikan bekalan
Soket Keluaran:
 Memasuki ke dalam litar dan membuat penyambungan (tapping) untuk membenarkan elektrik disalurkan/dibekalkan kepada peralatan.

PLUG Disambung kepada kabel fleksibel bekalan peralatan, digunakan untuk dimasukkan ke dalam soket keluaran
seterusnya membentuk satu lagi litar.
KESAN HAZARD ELEKTRIK
  1. Renjatan
  2. Pencahayaan
  3. Kebakaran
  4. Elektrik statik

RENJATAN
  • Kebiasaan dari wayar hidup ke bumi
  • Menyebabkan otot memendek dan menebal (spasm)
  • Boleh mengganggu tindakbalas biasa jantung
  • Boleh menyebabkan kegagalan pernafasan
Mata Arka (Arc Eyes)
  • Dari cahaya ultra ungu (uv) bila melihat pada arka elektrik atau silauan kimpalan.
  • Gejala seperti konjuntivitis.
  • Keadaan sementara berlarutan selama 3 @ 4 hari.
  • Tidak memberi kesan kepada kanta sentuh (contact lens)

KEBAKARAN
  • Dari kontak dengan arka elektrik yang disebabkan oleh litar pintas konduktor atau lebihan bebanan peralatan
  • Atau pelepasan cas bagi elektrik statik
HAZARD ELEKTRIK
Elektrik Statik
  • Kesan yang dihasilkan oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas ini boleh diagihkan samada di dalam atau diluar objek yang ditebat atau ia boleh bertumpu diatas konduktor yang ditebat dari bumi.
  • Voltan tinggi, Arus rendah
  • Kesan kejutan elektrik dan sumber pencucuhan dalam persekitaran yang mudah terbakar, jika cas tinggi
Kesan Arus Elektrik Berbeza Mengikut:
  • Umur
  • Jantina
  • Rintangan badan
  • Keadaan kesihatan
KESAN ARUS ELEKTRIK 
Bergantung kepada:

  • Amaun pengaliran Arus dan Voltannya
  • Rintangan badan
  • Keterukan renjatan elektrik
  • Masa diambil bagi aliran arus



SUIS PENGASINGAN
  • Dilabel.
  • Mudah dicapai dari lantai kerja.
  • Dipunyai oleh setiap jentera secara individu.
  • Mempunyai kemudahan mengunci apabila dalam posisi tertutup (off).

SENGGARAAN DAN PEMBAIKAN
  • Mengadakan sistem kerja selamat semasa senggaraan
  • Membuat peraturan dan pemeriksaan/ pemantauan
  • Mengadakan program/jadual senggaraan
  • Menyediakan ruang akses di sekeliling peralatan bagi kerja senggaraan dan pembaikan
  • Dijalankan oleh juruteknik bertauliah
  • Penggantian komponen seperti fius, kapasitor yang betul dan sesuai

PEMBUMIAN
  • Bagi semua peralatan elektrik
  • Litar bumi disambung terus ke bumi (tidak melalui suis)
PERLINDUNGAN
  • Mengadakan perlindungan limpahan bumi (earth leakage protection) seperti Peranti Arus Lebihan (Residual Current Devices)
  • Mengadakan suis pemberhentian kecemasan, Suis Saling Kunci (Interlock Switch) contohnya suis batasan
  • Menebat konduktor
  • Memasang papan tanda amaran

Pihak kerajaan - Pengadaan Perundangan dan penguatkuasaan:
  • Akta Bekalan Elektrik 1990
  • Peraturan Bekalan Elektrik 1994
  • Standard SIRIM
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) KAWALAN KESELAMATAN ELEKTRIK

AKTA KESELMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 ( OSHA 1994 )
Pihak majikan:
  • Mengadakan sistem kerja selamat (Safe Work System)
  • Memberi latihan, maklumat dan arahan
  • Mewujudkan langkah pencegahan dan perlindungan bagi pekerja dan kontraktor

Pihak Pengilang, Pembekal, Perekabentuk:
  • Mengadakan pengujian, pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pengguna 

Pihak pekerja
  • Mematuhi peraturan –peraturan yang diadakan oleh majikan
  • Elektrik mempunyai pelbagai hazard yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja.
  • Terdapat 2 langkah asas pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi daripada hazard elektrik.

KESIMPULAN

  • Ini diikuti dengan mengambil langkah selamat penggunaan elektrik seperti yang telah dibincangkan.
  • Kerajaan juga mengawal keselamatan penggunaan elektrik dengan menggubal beberapa peraturan

Ruang Terkurung (Confined Space)

Definasi : Ruang Terkurung “Suatu ruangan yang mempunyai laluan masuk / keluar yang terhad, pengudaraan yang tidak mencukupi dan tidak direkabentuk sebagai tempat untuk menjalankan kerja biasa”

Contoh :
  • Pengandung Tekanan
  • Vessel
  • Tangki
  • Silo
  • Lubang dan Saluran Pembentungan
  • Perigi
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, kesihatan dan Kebajikan) 1970
Peraturan 13: Peruntukan berkaitan keselamatan ruang terkurung
  • Kod Amalan Bekerja Selamat di Ruang Terkurung 2001 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  •  Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  • Seksyen 15: Peruntukan berkaitan dengan kewajipan am
  •  Membuat perkiraan selamat bagi pengendalian bagi bahan dan loji …..”
KERJA DI DALAM RUANG TERKURUNG
  • Pembersihan dan pencucian
  • Kerja kimpalan
  • Mengecat dinding tangki
  • Pemeriksaan
  • Penggantian alatan
  • Pembaikpulihan
  • Pengukuran / pengambilan sampel
HAZARD DI DALAM RUANG TERKURUNG 
  • Kurang pengalihudaraan
  • Kehadiran hazard kimia (gas toksik)
  • Hazard biologi
  • Serangga
  • Binatang (contoh: ular)
  • Kurang pencahayaan
  • Berkaitan dengan ergonomik
KERJA DI DALAM RUANG TERKURUNG
  • Kehadiran cecair / air
  • Permukaan lantai licin
  • Kebakaran atau letupan
  • Peralatan mekanikal
  • Bising (dari aktiviti yang dijalankan)
  • Kurang pengalihudaraan (Kekurangan oksigen)
  • kandungan isipadu oksigen kurang dari 19.5%)Oksigen diambilalih oleh gas lai seperti nitrogen;
  • Oksigen digunakan untuk:
  • Proses kimpalan;
  • Tindakbalas kimia;
  • Orang yang bekerja;
  • Tindakbalas biologi;
Kebakaran dan letupan
  •  Kandungan isipadu oksigen lebih dari 23.5%)
  •  Kehadiran gas / cecair mudah terbakar
  •  Penggunaan alatan elektrik
PERANCANGAN & LANGKAH KESELAMATAN

Sebelum melakukan kerja:
1. Mengadakan permit memasuki dan bekerja di dalam ruangan terkurung
2. Menyediakan prosedur kerja selamat (SOP)
3. Mengadakan latihan SOP bagi pekerjapekerja terlibat
4. Pengukuran ke atas kandungan oksigen atau gas mudah terbakar di dalam ruang terkurung oleh
Penguji Gas Bertauliah (Authorised Gas Tester)

Sebelum melakukan kerja:
5. Membebaskan ( purging) gas merbahaya / bahan pencemaran dan mengadakan sistem pengudaraan yang mencukupi
6. Memasang papan tanda amaran dan pagar penghalang di sekeliling kawasan kerja
7. Mengadakan peralatan pencegahan kebakaran berhampiran lubang masuk ruang terkurung


Sebelum melakukan kerja:
9. Mengatur pasukan penyelamat, pertolongan cemas serta menyediakan peralatan kecemasan
10. Melantik dan merekod seorang penyelia serta pembantu bagi menyelia aktiviti yang bakal di
jalankan
11. Menyedia dan membekalkan kelengkapan perlindung diri (PPE) bagi kegunaan pekerja dan
penyelamat

Sebelum melakukan kerja:
12. Mengasing / menutup semua injap dan sambungan kepada tangki melalui sistem lock
out dan tag out
13. Menyediakan sistem ekzos jika perlu (bagi aktiviti penyedut berhabuk atau kimpalan)
14. Penggunaan perkakas tangan atau elektrik yang bersesuaian dengan aktiviti kerja yang bakal
dilaksanakan
15. Menebat peralatan elektrik yang bakal digunakan

Sebelum melakukan kerja:
16. Mengadakan laluan keluar masuk dari / ke dalam tangki yang selamat
17. Memilih dan merekod pekerja yang sihat (fizikal dan mental) dan terlatih untuk melakukan kerja

Semasa Melakukan Kerja:

  • Penyelia atau pembantu menyelia secara berterusan aktiviti kerja yang dilakukan
  • Mengukur secara berterusan kandungan oksigen atau gas di dalam vessel /ruang terkurung
  • Menyedut keluar sebarang habuk yang terjana secara berterusan

Semasa Melakukan Kerja:
Mengadakan sistem komunikasi di antara pekerja dan penyelia
Mengadakan sistem pengalihudaraan mencukupi serta secara berterusan
Mengambil langkah menyelamat yang perlu jika berlaku sesuatu insiden kecemasan (letupan,
kebakaran, pencemaran udara dan sebagainya)

Selepas Melakukan Kerja:
Memasti dan merekodkan semua pekerja yang keluar
Memeriksa tempat kerja untuk memastikan alatan kerja dibawa keluar (sistem ekzos mudahalih, lampu, alat pemadam api dan sebagainya)
Memberhentikan bekalan elektrik

Selepas Melakukan Kerja:
Memansuhkan / membatalkan permit kerja (work permit) yang telah dikeluarkan oleh penyelia bertugas
Melaporkan sebarang masalah (jika ada) yang berkait dengan kerja
Menyerahkan tanggungjawab pengendalian ke atas ruang terkurung serta merekodkan penyerahan tersebut kepada orang yang berkuasa

RUMUSAN 
  1.  Ruang terkurung merupakan satu ruang sempit yang mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad.
  2. Ruang terkurung mempunyai pelbagai hazard yang boleh menyebabkan kemalangan.
  3. Terdapat peruntukan perundangan di bawah FMA 1967 dan OSHA 1994 yang berkaitan dengan ruang terkurung.
  4. Bagi mencegah kemalangan, satu strategi diikuti dengan perancangan dan langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas melakukan kerja dalam ruang terkurung boleh diambil.