i) Enjin 4 lejang
a. Pengenalan:
Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa dengan empat kali pergerakan omboh ke atas dan kebawah dalam setiap selinder. 5 komponen utama terdapat dalam enjin 4 lejang iaitu silender, omboh, rod penghujung, aci engkol dan rod tenaga.
b. Komponen utama dalam enjin 4 lejang:
i. Silinder
ii. Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.
iii. Rod penghubung
Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan
aci engkol. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada masa yang sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran pada aci engkol.
iv. Aci engkol
Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripada pin engkol dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol diperbuat daripada keluli tempa. Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan fungsinya untuk menggerakan pam air dalam sistem penyejukan. Hujung belakangnya disambungkan pada roda tenaga .
v. Roda tenaga
Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di hubungkan pada hujung aci engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila daya pusingan dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan berputar dan menggerakankan tali sawat.
vi. Omboh
Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.
c. Proses kitaran enjin 4 lejang
1. Lejang masukan
Omboh bergerak dari atas ke bawah. Isipadu silinder bertambah menyebabkan pengurangan tekanan dan membentuk separa vakum di dalam selinder. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup. Campuran udara dan bahan api memasuki silinder melalui liang masukan.
2. Lejang mampatan
Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api. Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
3. Lejang kuasa
Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
4. Lejang ekzos
Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.
ii) Enjin 2 lejang
a. Pengenalan
Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder.
b. Komponen utama dalam enjin 2 lejang.
i. Omboh
ii. Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa. Ia juga berfungsi mengawal kemasukan campuran bahan bakar dan pengeluaran hasil pembakaran.
iii. Silinder
Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.
iv. Rod penghubung
Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan pemesong. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan pemesong bagi menghasilkan pergerakan komponen dalam enjin.
v. Liang pindah
Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak enjin. Ia berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.
vi. Liang masukan
Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan udara memasuki kotak enjin.
vii. Liang ekzos
Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan hasil pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.
c. Proses kitaran dalam enjin 2 lejang
1. Lejang masukan dan lejang mampatan :–
Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi rendah, membolehkan campuran udara-bahan api-pelincir dari karburetor masuk ke dalam
2. Lejang kuasa dan lejang ekzos :–
Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api terbakar, menyebabkan gas pengembangan mengembang dan memaksa omboh turun ke bawah, menghasilkan kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah sehingga membuka liang masukan dan liang ekzos, gerakan omboh ke bawah memaksa campuran udara, bahan api, pelincir yang segar masuk ke dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.
Perbezaan Enjin 4 Lejang dan 2 Lejang
Enjin 2 Lejang
-Satu selinder
-Proses kitaran
1.Masukan dan mampatan untuk proses pertama berlaku serentak
2. Kuasa dan ekzos untuk proses yang kedua berlaku serentak
Tiada bukaan di bahagian tepi enjin kerana enjin 2 lejang tiada injap
Tidak mempunyai batang celup pada kotak engkol kerana enjin 2 lejang tiada takungan minyak pelincir.
-Mempunyai 3 tiang iaitu tiang masuk, tiang ekzos dan tiang pindah
-Omboh mempunyai pemesong
-Kitaran lengkap aci engkol berpusing sekali
Enjin 4 Lejang
-Satu selinder
-Proses kitaran
1. masukan
2. mampatan
3. kuasa
4.ekzos
-Tidak berlaku serentak untuk setiap proses
-Terdapat dua jenis kedudukan injap, iaitu injap atas dan injap ditepi di mana bagi enjin yang mempunyai injap ditepi terdapat satu bukaan dibahagian tepi enjin untuk mengeluarkan injap
-Batang celup di bahagian kotak engkol
-Mempunyai dua saluran iaitu saluran masuk dan ekzos
-Omboh tiada pemesong
-Kitaran lengkap aci engkol berpusing dua kali.
No comments:
Post a Comment