Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dibawah ini merupakan separuh hasil kerja folio tasawuf aQ. jD boleh lah sharing kalau ingin gunakannya pada masa akan datang.
PENGERTIAN IKHLAS
Ikhlas secara bahasa ialah bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih dari kotoran. Sedangkan pengertian ikhlas secara istilah ialah berniat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT agar dapat dimasukkan di dalam syurga kelak.
Sabda Nabi SAW bermaksud :
“Bermula amalan itu dengan niat…” ( Bukhari dan Muslim )
Sesorang muslim sejati akan meletakkan niat hidupnya hanya untuk meraih keredhaan Allah SWT tidak kira waktu senang atau susah. Seluruh ucapan dan tindakannya diniatkan untuk mengharapkan reda Allah SWT dan mengharapkan pahalaNya.
Katakanlah ( Wahai Muhammad ): “Sesungguhnya Aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah dia daripada orang-orang musyrik.” ( Surah Al-An’am : 161 )
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ikhlas dalam beragama, cukup bagimu amal yang sedikit.” Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharapkan keradhaanNya.”
Keikhlasan merupakan perbuatan hati, bahkan merupakan tiang utama dari segenap perbuatan hati. Demikian itu penerimaan awal perbuatan seseorang tidak mampu diraih kecuali apabila disertai keikhlasan diri. Amal seseorang tidak memiliki erti di hadapan Allah, kecuali apabila disertai keinginan menggapai keredhaan Allah serta dapat menjernihkan amal yang dilakukan itu dari segala kepentingan duniawi atau matlamat tertentu.
SIKAP IKHLAS LAHIR DARIPADA KEKUATAN TAUHID
Keikhlasan dalam makna seperti terhurai di atas merupakan hasil daripada amalan bertauhid seperti peng-Esaan Allah SWT dan menjadikan Allah SWT satu-satunya Tuhan yang layak disembah dengan akidah yang utuh nan tulus iaitu tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah SWT serta tidak bertuhankan sesuatu selainkan Allah SWT.
Utuh dan tulus dalam beribadah dan berubudiyah, serta menjadikan Allah sebagai tempat sandaran dan pertolongan. Yakin sepenuh jiwa bahawa, Dialah Allah, satu-satunya Tuhan, yang patut disembah dan tempat kita meminta pertolongan kepadaNya.
“ Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan” ( Al-Fatihah :5 )
Ayat Al-quran ini sentiasa dibacakan semasa dalam solat bagi kepada orang yang beriman yang tidak kirang dari 17 kali setiap hari. Dengan niat keikhlasan seperti itu, manusia yang beriman akan menjadi hamba Allah SWT dalam erti yang sesungguhnya bukan menjadi hamba bagi hawa nafsunya serta menjadi harta kepada hamba hartanya. Keikhlasan sempurna seperti itu juga mampu menghakis segala bentuk perhambaan kepada selain Allah, serta dapat membebaskan segala penyembahan kepada selain Allah SWT seperti pemujaan terhadap wanita, perhiasan dan kemasyhuran, pangkat dan kedudukan, kekuasaan, serta segala bentuk penyembahan kepada hal duniawi yang lain.
Seorang mukmin sejati memilih kehidupannya bebas dari belenggu keinginan terhadap kebendaan, lantas menjadikan keredaan Allah SWT sebagai tujuan utama hidupnya. Mereka mendahulukan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Seorang mukmin sejati akan sentiasa melakukan perintah Allah SWT dan RasulNya, seperti yang termaktub dalam pesan Al-Quran yang bermaksud.
“ Katakanla: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT. Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya. Dan demikian itulah yang deperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang kali pertama berserah diri kepada Allah SWT" ( Al-An’aam :162-163 )
MENJALANI HIDUP DAN BERIBADAH DENGAN IKHLAS
Sesorang yang berharap dapat hidup aman dan tenteram, harus mengamalkan niat keikhlasan dalam kehidupan seharian. Seseorang yang mendambakan kebahagian abadi dunia akhirat, harus ikhlas dalam menerima segala yang mendatang kerana keikhlasan merupakan hal yang sangat penting untuk mencipta kehidupan damai sejahtera, serta keselamatan hidup di pentas kehidupan ini.
Para alim ulama menjelaskan, manusia yang telah menggapai capaian spiritual kejernihan hati sempurna, dia bakal dikurniakan pencerahan atau pembersihan nilai-nilai keimanan hakiki dan memahami kesejatian makna-makna al-Quran. Mereka juga dapat memahami bahawa, seseorang manusia tidak akan dapat menggapai kebahagian hakiki kecuali dengan ilmu dan ibadah. Setiap manusia akan mengalami kebinasaan, kecuali orang-orang yang berpengetahuan. Orang yang berpengatahuan juga akan mengalami kebinasaan, kecuali orang yang mengamalkan ilmu mereka. Orang yang mengamalkan ilmu, mereka juga akan mengalamalkan ilmu mereka. Orang yang mengamalkan ilmu, mereka juga akan mengalami kebinasaan, kecuali orang-orang yang tulus ikhlas menjalani hidup dan meniti jalan Allah SWT dengan penuh keikhlasan diri.
Seseorang yang mengamalkan keikhlasan dalam diriya kadangkala menghadapi pelbagai bahaya dan ujian hidup yang tidak terkira. Kehidupannya dituntut untuk selalu berwaspada, agar ketulusan dan keikhlasannya kepada Allah SWT tidak lenyap dari dadanya. Maka, amal perbuatan yang tidak diiringi dengan niat, hanya melahirkan kesia-siaan sahaja. Niat yang diiringi keikhlasan hanya akan melahirkan riak ( suka mempamerkan diri ) serta akan memimpin seseorang kepada sikap hipokrit dan akan membawa ke dalam perangkap kelalaian.
Justeru, menjalani hidup di dunia haruslah ikhlaskan diri untuk melakukan ibadah yang tulus. Sahal Ibnu Abdullah at-Tustary salah seorang sufi agung dan ahli ibadah menjelaskan, “ Setiap orang yang menyukai kilaun kemegahan duniawi, kecuali para alim ulama. Setiap para alim mengalami kebingungan kecuali ulama yang berbuat sesuatu dengan ilmunya.”
At-Tustary berkata, “Intipati dunia tidak lain adalah kebodohan dan kematian, kecuali ilmu dan setiap ilmu akan menjadi hujah yang diminta dipertanggungjawaban terutama bagi si empunya kecuali yang diamalkan pemiliknya. Semua perbuatan laksana debu bertebangan, kecuali yang disertai keikhlasan. Dan keikhlasan selalu dalam intaian mara bahaya besar, kecuali dengan waspada yang tinggi, iaitu dengan cara tetap teguh dan focus semata-mata kerana Allah.”
Seorang alim yang lain mengatakkan, “ Ilmu adalah benih, amal perbuatan adalah tanaman, airnya adalah keikhlasan.” Ibnu Atha’illah Sakandari berkata, “Allah SWT tidak menyukai amal perbuatan yang berdimensi penyekutuan ( berlumur kesyirikan ), juga Dia membenci hati yang bersekutu, amal perbuatan yang dilandasi penyekutuan tidak akan pernah diterima oleh Allah SWT. demikian pula hati yang bersekutu tidak akan pernah dikabulkan doa nya oleh Allah SWT.”
Amal yang tidak disertai oleh keikhlasan diibaratkan seperti foto tanpa kehidupan dan jasad tanpa roh. Allah SWT hanyas menghendaki perbuatan-perbuatan yang bersifat hakiki ( tulus dan ikhlas ) yang lahir dari hati yang ikhlas dan jiwa yang tulus bukan perbuatan-perbuatanyang bersifat simbolik atau lahiriah semata. Ini kerana, semua amal perbuatan yang buruk akan dikembalikan kepada pemgamalnya seperti orang yang mengembalikan wang palsu kepada orang yang memalsukan wang tersubut.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk ( kedudukan ) tubuh kalian, dan tidak pula melihat gambar kalian, akan tetapi Dia melihat kepada hati kalian”
Setelah bersabda seperti ini, Rasulullah S.A.W. menunjukkan jari-jemari kea rah hati baginda. Kemudian baginda bersabda lagi, “ Inti takwa itu ada di sini.” Sambil menepuk dada baginda tiga kali.
Perilaku keikhlasan seiring dengan takwa. Amal perbuatan seseorang tidak disebut ikhlas apabila dadanya kosong dari takwa. Lebih daripada itu, seseorang tidak akan mampu meraih reda Allah, apabila hati dan jiwa tidak memiliki rasa taqwa. Firman Allah yang bermaksud menegaskan tentang perkara ini.
“ Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah SWT, akan tetapi ketakwaan kamulah yang dapat menggapai redaNya . ” ( Al-Hajj :37)
Meningkatkan Kualiti Diri Dan Kehidupan Dengan Keikhlasan
Risalah islam menyeru kepada setiap umatnya untuk mengamalkan keikhlasan. Ajaran islam juga memerintahkan secara tegas kepada setiap muslim untuk ‘mengosongkan’ segala bentuk niat dan tujuan hidup kepada sesuatu selain Allah SWT. ajaran islam memerintahkan kepada setiap muslim untuk sentiasa memfokuskan arah tujuan hidup semata-mata demi Allah SWT.
Seruan keikhlasan ini tidak dimaksudkan ntuk meluruskan dan menegakkan kehidupan umat islam semata-mata, namun juga untuk membina kehidupan universal. Ini disebabkan sendi-sendi kehidupan dubia atau tegaknya nilai-nilai kemanusiaan, tidak akan dapat tumbuh dan berkembang kecuali dengan peranan para mukhlisin (orang-orang yang ikhlas ). Dunia dengan segala masalahnya tidak akan dapat diamankan apabila di bumi ini tiada para mukhlisin.
Reality menegaskan kebanyakan bencana dan malapetaka yang menimpa bangsa dan Negara di pelbagai penjuru dunia adalah disebabkan oleh kosong atau tiadanya manusia yang memiliki lehendak mencari keredaan Allah SWT. Negara dan bangsa yang ditimpa bencana itu banyak dipenuhi manusia yang bertuhankan dunia, gilakan harta serta hanyut dalam kenikmatan dunia dan nafsu syahwat . mereka mengunakan pelbagai cara untuk mengaut keuntungan kekayaan duniawi dan mereka juga tanpa segan silu merampas hak sesame manusia serta menghancurkan harta bahkan agama orang lain. Mereka sanggup menghancurkan pusat membeli belah mewah dan menjadikan rumah-rumah seperti perluburan. Mereka juga mengubah ‘wajah’ kehidupan dunia ini laksana alam kematian yang mencengkam.
Negara dan bangsa yang tiada manusia yang ikhlas, akan banya dipenuhi manusia yang ‘gila’ jawatan dan kekuasaan, hamba popularity dan kedudukan, perindu kebesaran dan kemuliaan peribadi, gila sanjungan dan pujian serta pengecut untuk mengaku sebagai pahlawan. Segala cara mereka guna untuk menggapai kepentingan pragmatism duniawi. Siapapun akan mereka korbankan demi mencapai obsesi diri mereka.
Manusia yang amal perbuatannya kering dari nilai-nilai keikhlasan cenderung membangunkan mutu dirinya dengan menyengsarakan orang lain, membangunkan kebesarannya di atas penderitaan orang lain. Dalam diri manusia yang tiada keikhlasan seperti itu, selalu bergema slogan “ Aku atau dia yang hancur..!! ” Inilah prinsip hidup keji dan biada oleh kerana tidak adanya rasa ikhlas dan iman di dada.
Ajaran Islam tidak membenarkan umatnya melakukan kesyirikan. Allah SWT sangat membenci muslim yang menjalankan kehidupannya dengan dualisme iaitu sikap di satu sisi mengaku beriman kepada Allah sementara di sisi lain menyekutukanNya. Islam juga melarang umatnya membahagikan kepatuhan dirinya kepada kepatuhan kepada Allah dan kepatuhan taghut ( syaitan ). Islam mengecam keras sikap was-was dan hipokrit ( munafik ).
Sesungguhnya hanya dengan nilai0nilai keikhlasan kualiti diri seseorang dapat ditegakkan. Orang yang hidup tulus ikhlas, sebenarnya telah membangunkan kualiti dirinya dengan cara mulia dan terhormat. Kehidupannya bakal berdiri di atas jalan ( risalah ) Allah. Ia akan teguh dengan istiqamah untuk menjadikan semua tujuan hidupnya hanya untuk Allah.
Seseorang yang mampu mensosialisasikan nilai-nilai keikhlasan dalam dirinya, menegakkan sendi-sendi kehidupannya secara ikhlas, akan menyingkap dan memaknakan nasib ( takdir kehidupan ) dengan tulus ikhlas. Maka solat, ibadah dan ubudiyah, serta seluruh kehidupan serta kematiannya, nescaya akan diniatkan untuk menggapai reda Allah SWT, Tuhan sekalian alam.
NIAT DAN IKHLAS
Seorang muslim sejati, pasti tahu tujuan hidupnya di dunia ini, iaitu beribadah kepada Allah SWT. adalah sebuah kewajiban bagi setiap muslim meniatkan kehidupannya hanya untuk Allah SWT setulus dan seikhlas yang mungin. Keikhlas tidak akan dapat diwujudkan dalam amal perbuatan kecuali dengan dua unsur dasar berikut :
1. Niat dalam setiap perlakuan, setiap perlakuan harus disertai niat. Amal perbuatan yang disertai niat akan terarah dan membuahkan kejayaan, sedangkan perbuatan yang tidak disertai niat akan sia-sia serta melahirkan kegagalan. Orang yang tidak mendasari perbuatan dengan niat termasuk golongan orang-orang yang mukhlisin.
2. Mengosongkan niat dari segala bentuk penyekutuan ( perilaku kesyirikan ) dan kepentingan pragmatism dunia sehingga niatnya benar murni untuk Allah semata-mata.
Al-Quran Menjelaskan Kepentingan Niat Dalam Kehidupan
Firman Allah menegaskan maksud niat itu ialah hasrat untuk mengapai keredaan Allah, kehendak untuk dapat melihat wajah Allah dan meraih keredaan Allah.
Firman Allah menegaskan bermaksud:
“ Antara kamu ada orang yang menghendaki dunia, dan antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. ” ( Ali Imran : 152 )
Hakikat Niat
Dalam kitab as-shahhah al- jauhari berkata, maksud niat adalah hasrat ( keinginan ) kuat, yang tumbuh dari hati nurani. Al-Khitabi menjelaskan kepada kita bahawa hakikat niat adalah keinginan seseorang terhadap sesuatu yang lahir dari hati nurani yang paling dalam serta mendorong untuk melakukan sesuatu untuk menggapai keinginan tersebut.
Al-Baidawi berkata niat adalah kebangkitan hati nurani menuju sesuatu yang dipandang selaras dengan keinginan gati bagi menggapai sesuatu yang berguna atau menghindari sesuatu yang tidak berguna sama ada yang berdimensi haal (keadaan ) ataupun maal ( harta ). Lebih lanjut al-Baidawi menjelaskan maksud niat dalam landskap ajaran syariat adalah hasrat (keinginan ) yang diaplikasikan dalam bentuk tndakan nyata, semata-mata demi menggapai keredaan Allah SWT serta mematuhi segenap ketentuan hukum-hukum Allah.
Nilai Amal Perbuatan Bergantung Kepada Maksud Dan Tujuan
Menentukan arah tujuan hidup harus ada niat yang teguh dan niat merupakan masalah intipati (sangat penting) dalam kehidupan ini, kerana dari niat inilah hitam putih perbuatan dapat dihuraikan. Niat juga menjadi standart ulama penilaian serta penentuan hakikat sebuah perbuatan. Para alim ulama merumuskan kaedah fekah yang sangat popular.
Kaedah ini memiliki banyak cabang. Antaranya seperti kaedah ibrah (sari ajaran) dalam perjanjian didasarkan pada maksudnya, bukan pada lafaznya. Misalnya; ibrah ajaran yang dirumuskan dari hadis Rasulullah, “ Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku,kesalahan, kelalaian dan sesuatu yang dibenci yang dipaksakan atas dirinya.” (HR. Ahmad & Abu Daud)
ELEMEN ASAS KEIKHLASAN
Terdapat banyak kaedah (thariqah) untuk menggapai kesempurnaan ikhlas dalam hidup ini. Juga terdapat banyak elemen asas yang dapat dijadikan ‘wasilah’ (medium) untuk membangkit dan menubuhkan keikhlasan dalam diri bagi meraih reda Allah. Elemen asas meliputi motivasi jiwa, dorongan rohani, pemikiran mahupun perbuatan. Berikut adalah elemen yang membantu pertumbuhan ikhlas dalam diri:
Ilmu Pengetahuan
Dengan ilmu pengetahuan yang teguh, seseorang akan memahami bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terdetik di hatinya dan tersembunyi di sebalik dadanya. Allah adalah Tuhan yang mengetahui apa yang tersembunyi dan yang zahir.
Keikhlasan itu sendiri, seperti halnya erti ketuhanan lain terdiri atas tiga unsur utama:
1. >Unsur yang terlihat dan Nampak secara zahir.
2. >Unsur perasaan hati dan emosi.
3. >Unsur perbuatan dan keinginan.
Atau seperti yang disebut al-Ghazali dalam kitab Ihyaa’ terdiri atas unsur :
1. > Ilmu
2. > Keadaan
3. > Pekerjaan
Sebuah reality yang tidak dapat dinafikan bahawa unsur utama daripada elemen-elemen dasar tersebut ialah ilmu dan makrifat ( pemahaman )
Bergaul Dengan Para Mukhlisin ( Orang-orang yang Ikhlas )
Bergaul dengan orang-orang yang ikhlas, secara tidak langsung mengajar kita untuk ikhlaskan diri dalam setiap amal perbuatan kita. Ia akan meneladani perilaku kebaikan mereka, berakhlak dengan mereka, mencintohi pola kehidupan mereka dalam berbagai dimensi.
Rasulullah S.A.W. telah memberitahu keuntungan yang mampu diperoleh dari pergaulan orang-orang ikhlas tersebut dengan gambaran yang jelas. Baginda bersabda, “Perumpamaan orang yang bergaul dengan soleh dan orang yang bergaul dengan orang buruk perilakinya adalah seperti pembawa misik (minyak wangi) dan peniup tungku pemanas besi.
Antara bentuk rahmat Allah kepada umat manusia ialah Dia tidak menjadikan bumi ini sepi dari orang-orang yang ikhlas dan para soleh Sungguh rugi apabila seseorang enggan bertemu dan bergaul dengan mereka, sebagaimana yang ditegaskan Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya, “Mereka adalah kaum yang tidak akan menyusahkan orang yang berkawan, dan bergaul dengan mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Mendidik Hawa Nafsu
Setiap manusia mempunyai nafsu. Selagi darah masih mengalir dalam tubuh, selama itu pula nafsu bergelora dalam diri manusia. Nafsu tidak mampu dibunuh atau disingkirkan dari dalam diri tetapi, nafsu boleh dididik dan diperbaiki. Antara cara bijak mendidik naksu adalah dengan mujahadah, iaitu mengumpulkan tenaga dan menfokuskan diri untuk mendidik dan menakluki hawa nafsu yang diiringi usaha yang tidak kenal lelah jerihnya dan mensucikan hati dari segala keinginan pragmatism dunia.
salam....minta izin mengambil isi penting utk assignment blh?
ReplyDelete