Point2sop

Followers

Tuesday, December 28, 2010

tips menjaga kereta

Cara yang paling baik untuk menjaga kereta anda ialah untuk memeriksa keadaannya setiap hari. Perkara seperti memeriksa air, angin tayar, minyak engine dan minyak brek mungkin sesuatu yang meremehkan apatah lagi jika dalam kelam kabut di pagi hari. Tapi 'pre drive check' setiap pagi akan membantu menjaga atau pun membantu kita memantau 'kesihatan' kereta kita. Cara memandu atau "driving techniques" yang betul juga dapat memanjangkan hayat kereta.Pecutan mengejut, sudden braking atau berhenti mengejut lebih elok di elakkan. Ini bukan bererti tidak langsung, tetapi hanya bila diperlukan sahaja. selain itu, awak tidak memberitahu samada kereta itu kereta baru atau terpakai. Ia relevan kerana jika kereta baru ia masih ada jaminan dari ejen. Jaminan ini tergantung 3-5 tahun atau kilometer yang berbagai dari 50,000-100,000. Tapi yang saya ingin sentuh ialah jaminan seperti ini termasuk servis kereta secara percuma antara 1 hingga 3 servicing . Ia bergantung pada syarat syarat jaminan yang sedia ada di dalam buku jaminan kereta anda. Servis adalah sesuatu yang amat penting dalam usaha menjaga kesihatan kereta kita. Ia kerana mekanik akan dapat memantau secara terperinci akan kereta kita jadi kalau ada sesutau yang kita tak dapat nampak dari 'pre drive check' kita, mereka akan dapat tahu sebelum masaalah kecil itu melarat. Jika kereta baru, lebih baik kita menggunakan minyak synthetic kerana minyak seperti ini akan dapat membersihkan kereta dengan lebih rapi dan pengunaannya mengizinkan kita menghadkan jarak service kereta setiap 10000km. Kereta mengunakan minyak mineral pula harus diservis stiap 5000km.Penggunaan minyak mineral lebih baik untuk kereta yang terpakai dan sudah lama. Ini kerana kereta lama yang rekod servicing nya tidak terperinci, mungkin sudah ada lapisan kabon di engine. Jika kita gunakan minyak sybthetic ia akan hanya membersihkan lapisan kabon ini dan dalam niat kita untuk memberikan yang terbaik pada engine kita akan hanya memburukkan saja keadaan kerana piston akan bergeselan dengan piston blok. Ini kerana sifat minyak mineral daya perlapisan ia pada besi tidak berapa baik dibandingakan minyak synthetic. Tetapi jika kereta lama itu ada rekod servicing yang baik, dan terbukti hanya menggunakan minyak synthetic dari permulaannya, maka teruskan saja menggunakan minyak synthetic.

Thursday, December 23, 2010

8 Cara Mencintai Insan Agung Nabi Muhammad SAW..

Salam...


Mencintai Nabi saw satu perkara yang perintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah.

Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada, akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.

Ada 8 cara untuk mencintai Nabi.

1. Mengenal Nabi

Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi

2. Berselawat ke atas Nabi

Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya

Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya

Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dala masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah sekeliannya

4. Membuat amalan disukai Nabi

Antara perkara yang Nabi suka ialah:-

1. menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim

2. memberi makan orang yang susah

3. membantu orang kesempitan

4. menyampaikan hajat muslimin

5. menasihati orang yang lupa

5. Menghindari perkara yang Nabi benci

Antara perkara yang Nabi benci ialah:-

1. syirik

2. Menentang sunnahnya

3. berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.

Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.

7. Mendampingi penggantinya

1. mendampingi alim ulama

2. mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa

Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzkikan mencintai Allah dan Rasulnya

Inilah lapan cara bagaimana ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda.

Semoga Allah memberi kepada saya dan pembaca sekelian anugerah mencintai Nabi. Kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.

Salam Maulidru Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, amin…

“Ilmu Pelita Hidup”

Al-Faqir Ila Rabbihi wa Muhibbin an-Nabi

Muhamad bin Abdullah

Itaewo Seoul Korea

SUMBER / DIPETIK DARI : Blog Ustaz Amin


Monday, December 20, 2010

Fadhilat Membaca Al-Qur’an

Membaca al-Qur’an adalah seafdhal-afdhal ibadat sehingga disebut bahawa al-Qur’an itu akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya, sebagaimana riwayat Abu Umamah yang maksudnya :

“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Amatlah rugi bagi orang-orang yang kurang gemar membaca al-Qur’an kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat memebaca al-Qur’an itu, antaranya;

1.Pembaca al-Qur’an dinaungi dengan payung rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan. Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang membaca al-Qur’an dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di kelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya.”

(Hadis riwayat Muslim)

2.Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan dipeliharaNya dari kegelapan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta‘ala (al-Qur’an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari qiamat.”

(Hadis riwayat Ahmad)

3.Pembaca al-Qur’an diumpamakan seperti buah utrujah yang harum bau dan enak rasanya. Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :

“Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Perumpamaan orang beriman yang membaca al-Qur’an seperti perumpamaan buah al-utrujah iaitu buah yang berbau harum dan enak rasanya. Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca al-Qur’an adalah seperti perumpamaan buah tamar, rasanya manis tetapi tidak ada baunya. Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang membaca al-Qur’an adalah seperti ar-raihanah yang berbau harum tapi pahit rasanya. Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang tidak membaca al-Qur’an adalah seperti buah al-hanzhalah iaitu buah yang pahit rasanya dan tidak ada baunya. Perumpamaan mendampingi orang yang salih adalah seperti mendampingi pemilik minyak wangi, sekalipun engkau tidak terkena minyaknya engkau tetap mendapat harumnya. Perumpamaan berdamping dengan teman yang jahat adalah seperti mendampingi orang yang menggunakan ububan (alat menghembus api), jika engkau tidak terkena hitamnya (daripada percikan api), namun engkau tetap terkena asapnya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

4.Pembaca al-Qur’an, tiada bergundah hati dan terlepas dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat, kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :

“Daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda: “Al-Qur’an datang pada hari qiamat lalu ia (al-Qur’an) berkata: “Wahai Tuhanku hiasilah dia (pembaca al-Qur’an)!, maka dia dihiasi dengan mahkota kemuliaan.”

Kemudian ia berkata: “Wahai Tuhanku tambahlah lagi! Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan kemuliaan.”

Ia berkata lagi: “ Wahai Tuhanku redhailah dia! Maka dia diredhai.”

Berkata ia pada pembaca al-Qur’an: “Bacalah al-Qur’an dan naiklah (pada tangga-tangga syurga) dan ditambahi pada setiap satu ayat satu kebaikan.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

5.Pembaca al-Qur’an memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Sesiapa yang membaca al-Qur’an dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di hari qiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini (al-Qur’an).”

(Hadis riwayat Abu Daud)

6.Pembaca al-Qur’an memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Dikatakan kepada pembaca al-Qur’an: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Sesuai dengan kehendak syara‘, ketika membaca al-Qur’an kita hendaklah memelihara adab-adabnya, iaitu membacanya dengan berwuduk dan sunat membersihkan mulut (bersugi). Sementara jika hendak menyentuhnya pula hendaklah (wajib) bersih daripada hadas kecil dan hadas besar.

http://www.alquran-indonesia.com/

HUKUM WANITA MENYANYI DISISI ISLAM

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat meminati muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah dibenarkan.
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.

Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.
Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap halal. Kesimpulannya adalah wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara haram mutlak selama-lamanya. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa selama mana dia tidak bertaubat kepada Allah Taala.

Wasiat Rasulullah saw

Pada suatu ketika Rasulullah bertanya kepada para sahabatnya siapakah diantara kamu yang akan menerima beberapa nasihat dari ku untuk diamalkan atau diajarkan kepada orang-orang yang mampu mengamalkannya.

Seruan itu lalu disahut oleh Abu Hurairah sambil menghulurkan tangannya, kemudian Rasulullah memegang tangan Abu Hurairah dan beliau menghintung sampai lima lalu beliau bersabda.

Jauhkan dirimu dari segala yang dilarang nascaya engkau akan menjadi orang yang paling abid berbakti antara manusai.
Bersikap rela terhadap apa yang telah dibangkitkan tuhan kepadamu, nascaya engkau sekaya-kaya manusia.
Berbuat kebajikan terhadap tetanggamu nascaya engkau jadi mukmin sejati.
Cinta kasihlah kepada manusia sebagaimana engkau sayang kepada dirimu sendiri sesungguhnya engkau menjadi orang islam yang hakiki.
Jangan engkau terlalu banyak ketawa kerana kebanyakan ketawa itu akan mematahkan hati.

Pesanan Rasulullah seterunya ialah sekiranya engkau menjadi raja atau menteri atau datang bertemu raja atau menteri maka janganlah engkau melampaui sirah dan sunnahku kerana barang siapa yang menyalahi sunnahku ini maka dia akan datang pada hari kiamat dikepung api neraka dari segala penjuru. Adil sesaat itu lebih baik daripada beribadat 60 tahun lamanya, yang malamnya berisi dengan solat dan waktu siang harinya dengan ibadat puasa.

Pesannya lagi katakanlah kepada orang-orang yang beriman yang pernah melakukan dosa-dosa kecil atau besar janganlah mati salah seorang pun siantara mereka sedang ia masih bergelimang dengan dosa-dosa itu. Kerana sesiapa yang menghadap kepada tuhannya dalam keadaan yang demikian itu, maka siksaan atas dosa kecil yang terus menerus dilakukannya itu sama halnya dengan orang menghadap Tuhannya dalam keadaan dosa besar yang terus-menerus dikerjakannya pula.

Wasiat rasulullah seterusnya janganlah engkau mencaci-maki keculai kepada syaitan. sesungguhnya jika engkau mati dalam keadaan demikian tangan mu kelak akan dijabat oleh semua Rasul Allah, para nabi Allah dan orang-orang beriman sampai engkau melengkah ke dalam Syurga.

Pesanan Rasulullah lagi berjalanlah engkau ke masjid Allah didalam kegelapan malam, sesungguhnya engkau akan diberi Tuhan kebajikan-kebajikan dengan seberat sesuatu yang telah engkau pijak dengan kedua kakimu daro apa-apa yang kamu cintai dan benci sampai kepada tujuh petala bumi.

Wasiat Rasulullah lagi apakah engkau mengharap rahmat Allah di kala hidup, dikala mati, dikala berada dialam kubur dan diwaktu hari hari kebangkitan, maka bangunlah ditengah malam sunyi dan solatlah engkau memohon keredhaan Tuhanmu. semoga apa yang tulis disini akan menjadi panduan untuk kita semua menuju jalan yang diredhai Allah.

Petikan dari Peringatan Sebelum Mati =)

kisah benar

Al- kisah..Untuk tatapan hamba2 Allah.. =)

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.

Lelaki dan Wanita..

Lelaki


Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

=)

Tuesday, November 30, 2010

kelebihan sembahyang

Kelebihan-kelebihan sembahyang:

1. 1. Abu Hurairah melapurkan, “ saya mendengar rasulluah S.A.W berkata. ‘ bayangkan dihadapan pintu rumah salah sorang daripada saudara sekalian terdapat sebatang sungai. Kemudian beliau mandi sebanyak 5 kali sehari. Adakah terdapat kotoran di badan orang itu?’ ‘pada sahabat menjawab, ‘ tidak ada sebarang kotoran di badan orang itu.’ Rasulluah S.A.W ‘ begitulah perumpaan orang yang solat 5 waktu. Allah akan menghapuskan kesalahan orang yang solat 5 hari sehari.”

(diriwayatkan oleh bukhari & muslim)

3. 2.Abdullah bin mas’ud melaporkan, “ ada seorang lelaki mencuim seorang wanita, kemudian lelaki itu memberi tahu kepada nabi Muhammad S.A.W. dengan sebab itu , Allah menurunkan ayat Al-quran yang bermaksud ‘ saudara lakukanlah sembahyang diantara waktu siang dan malam. Sebenarnya pahala daripada amalan baik itu dapat menghapuskan segala dosa daripada amalan jahat.’ Lelaki itu bertanya kepada nabi Muhammad S.A.W.. adakah ayat itu diujukan kepada saya sahaja ? nabi Muhammad menjawab , ‘ ayat itu kepada seluruh umat saya’ ”

(Diriwayatkan oleh bukhari&muslim)

5. 3.uthman bin Affan melaporkan, saya pernah mendengar Rasullulah berkata, “ seorang muslim yang hendak melakukan sembahyang 5 waktu apabila tiba waktunya, lalu beliau berwuduk dengan sempurna. Kemudian beliau sembahyang dengan penuh tumpuan, serta sempurna juga rukuknya. Maka sembahyang itu menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang itu sebelum beliau mendirikan sembahyang tersebut. Kelebihan ini diberikan kepada orang itu dengan syarat beliau tidak melakukan dosa besar sebelum beliau melakukan sembahyang itu. Kelebihan ini diberikan untuk sepanjan masa. (riwayat oleh muslim)

4. Sesunguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada perkara-perkara buruk & mungkat ( surah al-‘Ankabut, ayat 45)

Diambil dari buku kelbihan sembahyang, dikarang oleh imam Nawawi daripada kitab Riyadus Solihin.

Thursday, November 11, 2010

TITAS- HAK ASASI MANUSIA DALAM ISLAM

Hadis nabi S.A.W. yang bermaksud:

“Hak seseorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima: menjawab salam, menziarahi pesakit, mengikuti jenazah,menerima undangan, dan mendoakan orang yang bersin”

Berdasarkan hadis ini dapatlah dirumuskan bahawa baginda sendiri nabi Muhammad S.A.W. mementingkan Hak-hak terhadap sesama manusia. Lebih-lebih lagi sesama muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt.

Islam juga mengajar kita tentang adab dan hak terhadap ibu bapa antaranya:

1. Mentaati kedua ibu bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan maksiat

2. Berbicara dengan keduanya dengan sopan dan lembut

3. Bangun menghormati keduanya apabila mereka dating

4. Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang

5. Memelihara nama,kehormatan danharta benda mereka

6. Memuliakan mereka dan memberikan apa yang di pinta

7. Berbingcang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan.

8. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka.

Tambahan lagi, Islam juga turut mengajar kita tentang abad dan hak jiran tetangga antaranya:

1. Tidak melakukan penganiayaan kepada mereka seperti mencuri harta mereka, membuang sampah di sekitar kawasan rumah mereka dan menghina oleh sebab kebodohan mereka dan banyak lagi.

2. Melindungi mereka dengan sikap sentiasa mengambil berat terhadap kesusahan mereka.

3. Membuat baik terhadap mereka seperti mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka adapun kejayaan anak-anak mereka, mengucapkan takziah jika musibah melanda mereka, melawat mereka ketika sakit, menasihati kejalan yang benar dan lain-lain

4. Bersikap berlapang dada dengan mereka adapun mereka sering berlaku kasar terhdap kita.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“barang siapa yg menutup pintunya terhadap jirannya kerana bimbang atas keluarganya dan harta bendanya maka bukanlah dia seorang mukmin. Dan tiadalah beriman sesiapa yang jirannya tidak selamat dari kejahatannya. Adakah anda tahu hak jiran itu? Hak jiran itu ialah jika dia memohon bantuan, anda membantunya, jika dia meminta pinjaman hendaklah anda memreikan pinjaman, jika memerlukan sesuatu hendaklah anda memenuhinya, jika dia sakit hendaklah melawatnya, jika dia mendapat kebaikan, gembirakanlah dia, jika dia mendapat musibah ucapkanlah takziah, jika dia meninggal dunia hantarkan jenazah ke kubur jangan membina rumah yang lebih tinggi dari rumahnya sehingga angina tertahanmasuk ke rumahnya melainkan dengan izinnya,jangan mengganggunya dengan bau masakan melainkan anda memberikannya sedikit dari masakan itu, jika anda membeli buah-buahan berikanlah kepadanyabeberapa biji, jika tidak mahu berikan, bawa buah itu didalam bungkusan, janganlah membiarkan anak-anakmu memakan makanandiluar rumah sehingga menyebabkan anak jirankamu merasa teringin (terhadap makanan itu)”

Disamping itu, Islam turut mengajar umatnya untuk menjaga adab dan hak seorang teman dan sahabat yang telah disebutkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W antaranya:

1. Memberi salam

2. Menziarahi ketika dia sakit

3. Mendoakan ketika dia bersin

4. Sering menziarahi ke rumahnya bagi mengeratkan hubungan keranan Allah

5. Membantu ketika susah

6. Menerima undangannya

Antara lain yang turut diajar oleh Isam ialah menjaga hak muslim terhadap saudaranya yang muslim antaranya:

1. Menutup aibnya meringankan kesusahannya

2. Membantu di dalam segala hal yang penting dan perlu

3. Memenuhi segala hajat

4. Menghapuskan duka nestapa

5. Membelanya ketika dianiaya

6. Menolongnya jika lemah

7. Meringankan beban hidupnya

8. Menghormati sahabat yang lebih tua

9. Kasihan terhadap yang kecil

10. Tidak menghinanya

11. Tidak menipu

12. Tidak dengki

13. Mengasihinya sebagaimana kita mengasihi diri sendiri.

Di antara prinsip-prinsip asas HAM menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:

1-HAK HIDUP

Melalui pengakuan Islam terdapat hak hidup ini, dapat dirumuskan dalam beberapa hukum:

2- HAK KEBEBASAN

5 KAEDAH YANG PATUT DIPATUHI DALAM MERIALISASIKAN KEBEBASAN

- Dari perspektif barat, mereka tidak memiliki batas selain seseorang itu tidak melanggar kebebasan orang lain.

- Pemerintah barat melakukan berbagai perilaku bagi meluaskan hegemoni, invasi dan penjajahan.

- Pemerintah islam mestilah membenarkan setiap orang untuk menganut sebarabg agama, mengamalkan adat resam, keluarga, makan minum dan sebagainya. Selagi tidak menggangu kepentingan umum.

- Orang bukan islam berhak mendapat perlindungan tetapi mereka tidak boleh diberikan hak-hak kepimpinan yang berlebihan termasuk menjadi kettua Negara.

3- HAK PERSAMAAN

· Kehadiran Islam tidak meletakkan manusia di atas persaamaan diatas dasar persamaan Allah.

· Martabat kemuliaan diukur berdasarkan amalan dan ketakwaan kepada Allah swt.

· Dalam islam, martabat tidak boleh diukur berdasarkan keturunan, bangsa, bahasa, warna kulit, tanah air, harta benda dan sebagainya

· 3 unsur menjadi kebanggaan manusia :-

* Bangsa

* Kekuasaan

* Harta benda

· Tetapi 3 unsur tersebut tidak boleh dijadikan dasar untuk membeza-bezakan manusia dari segi keadilan, tanggungjawab dan pemberian hak.

· Islam juga menitik neratkan asperk jantina dalam dapat hak kesamaan kecuali dalam perkara yang melibatkan fitrah dan kemampuan.

· Namun, persamaan tidak boleh diukur dari segi jumlah atau bilangan yang diberi kepda setiap pihak tapi dari segi peluang untuk memiliki dan berhak untuk berusaha keatas sesuatu kurniaan Allah

· Persamaan yang bercanggah dengann fitrah manusia adalah dilarang.

HAK MENDAPAT KEADILAN

· Hak mendapatkan keadilan ini hendaklah meliputi seluruh aspek kehidupan dengan merentasi garis sempadan perkauman, agama dan budaya termasuk memelihara keadaan social, keadaan agihan kekayaan dan peluang ekonomi, kebebasan dalam berpolitik dan persatuan, hak dan kebebasan individu dan manoriti, hak beragama dan sebagainya.

· Konsep utama dalam mendapatkan keadilan ialah dengan melaksanakan hokum Allah swt secara komprehensif.

· Ia bermaksud membela mana-mana golongan yang dizalimi demi mendapat hak keadilan.

· Adalah paling lengkap dan sempurna kerana ia merangkumi hubungan antara manusia dengan Allah swt, hubungan manusia sesame manusia secara individu dan kolektif, hubungan manusia dengan makhluk lain yang diamanahkan kepada manusia mentadbirkannya dengan cara yang benar-benar memberi manfaat, membawa maslahah dan menolak mutharat.

· Jabatan kehakiman menjadi badan penghukum yang sangat penting dalam menegakkan keadilan dan merupakan salah satu daripada institusi pemerintahan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaaan

· Jadi badan ini menjadi tempat pergantungan umat untuk memperolehi hak-hak mereka dan bertanggungjawab untuk menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya

· Islam telah menetapkan syarat yang ketat terhadap para hakim bukan hanya dinilai dari suduk intergriti keilmuannya sahaja,tetapi juga ketaqwaan , akhlak, dan kebijaksanaannya selain mengetahui adab dan etika pengendalian sesebuah mahkamah

· Para hakim berlaku adil dalam menjatuhkan dan menegakkan hudud

· Jika ketidakadilan hukum wujud ia akan mendorong orang ramai melakukan kesalahan

· Iman Khattabi dalam menjelaskan hadis ini dalam ma’lim al sunnan mengatakan bahawa tahanan didalam isalm ada dalam dua bentuk:

o Tahanan atas perintas mahkamah iaitu tahanan untuk menjalankan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

o Tahanan untuk tujuan penyiasatan sementara.

HAK MEMPERTAHANKAN KEBENARAN

· Hak mempertahankaN kebenaran ialah prinsip yang sangat fundamemtal dalam mempertahankan maruah dan hak-hak kehidupan

· Apabila kebenaran direalisasikan dalam kehidupan makan hapuslah kebatilan dan kezaIiman.

· Umat Islam mestilah menjadikan nilai kebenaran sesuatu yang paling dicintai.

· Prinsip kebenaran merupakan tunggak yang menentukan keislaman seseorang, kerana kebenaran itu sendiri cukup sinonim dengan islam ( kebenaranlah yang mesti menjadi asas dalam memandu kehidupan seharian.

HAK MILIK

· Islam mengakui hak pemilikan manusia terhadap harta bendanya yang dikurniakan oleh Allah swt.

· Hak pemilikan harta dianggap sebagai tuntutan fitrah untuk setiap manusia

· Namun hak ini dibatasi dengan hukum Allah, yakni halal dan haram

· Mengeksploiasi sumber alam, menjalankan perniagaan serta pemberian secara adil merupakan contoh pengumpulan hata benda yang halal mengikut syariat Allah.

· Manakala, pengumpulan harta benda dengan cara memakan riba, memakan harta anak yatim, menjalankan perniagaan dengan cara tipu daya, melakukan penindasan dan kezaliman keatas pihak yang lemah dan sebagainya merupakan cara pengumpulan harta secara haram yang mana adalah dilarang oleh Islam sesama sekali dan pastinya akan mendapat pembalasan buruk dari Allah swt

HAK ASASI MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF BARAT

· Barat mulai melihat isu-isu hak asasi manusia sekitar 60 tahub lalu berbanding islam yang telah lama mengajar manusia prinsip Hak asasi manusia sejak ribuan tahun lalu.

· Hak Asasi Manusia barat tercetus besar perperangan dan penjajahan yang bersifat mengunguli kuasa.

· Hak Asasi Manusia sukar mencapai tahap universal yakni tidak boleh digunakan oleh semua masyarakat dunia tanpa memperdulikan etnik atau ras. Berikutan Hak Asasi Manusia yang digariskan barat tidak memelihi bersifat selaras dengan fitrah manusia secara keseluruhannya. Sebagai contoh : diklarasi Hak Asasi Manusia (HAM) 1948 dipengasuhi oleh fahaman liberalism dan sekularisme serta ia dilihat tidak selaras dengan budaya dan nilai-nilai yang dianut sebahagian bangsa didunia.

· Diklarasi Hak Asasi Manusia (HAM) 1948 juga tidak menyentuh soal penjajahan terhadap sesebuah Negara/ bangsa dan soal memperlekehkan dan menghina bangsa-bangsa di dunia.

· Hak Asasi Manusia (HAM) dibarat hanya merupakan sebuah penjanjian yang ditetapkan berdasarkan kesepakatan dan suara terbanyak masyarakat. Oleh sebab itu ia tidak terlepas dari pengaruh hawa nafsu, kepetingan diri sendiri, golongan yang berkuasa dan sebagainya.

· Ia juga boleh dibatalkan dan dicipta semula sesuai dengan kehendak manusia dan zamannya. Contoh: dibarat kini membenarkan fenomena perkahwinan sesama jenis penguguran kandungan.

· Dari sudut hak kebebasab, kebebasan dalam Islam adalah kebebasab bersyarat iaitu kebebasan yang tidak boleh melangar kebebasan orang lain, kebebasan tidak boleh menguat manusia kepada kejahatan dan kebebasab tidak boleh mengalangi manusia untuk mencapai kesempurnaan.

· Sebaliknya, barat melepaskan penafsiran kebebasan tanpa kenali hanya setakat tidak boleh melanggar kebebasan orang lain.



CABARAN MENDEPANI ISU HAK ASASI MANUSIA

Antara cabaran yang perlu ditangani bersama ialah:

I. Bagaimana generasi baru melihat kepada isu hak asasi manusia. Langkah-langkah pendidikan hak asasi manusia mestilah diberikan kepada generasi muda supaya generasi pelapis ini sedar kepentingan memelihara hak asasi manusia, fahaman sejarah dan prinsip-prinsip HAM menurut pelbagai perspektif (Aizuddin,2002:125)

II. Usaha menerangkankepada masyarakat global mengenai keupayaan islam menangani isu hak asasi manusia di dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa.

III. Aplikasi hak asasi manusia secara menyeluruh dan telus tanpa apa-apa kepentingan. Tribunal hak asasi manusia sepatutnya diwakili oleh wakil setiap bangsa dan agama. Pembelaan daripada segala bentuk pencerobohan hak asasi manusia sangat deperlukan.

RUMUSAN

Pandangan Islam terhadap hak asasi manusia berpaksikan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Prisip Islam membawa rahmat kepada seluruh alam menjadi asas penafsiran hak asasi manusia. Hak asasi manusia dari sudut pandangan Islam dianggap sebagai matlamat syariat Islam yang menjamin dan memajukan syakhsiah manusia dalam aspek yang utama iaitu nyawa, keluarga ( keturunan ), akal, iman ( agama ), dan harta benda. Justeru, usaha berterusan terhadap pemeliharaan hak asasi manusia yang bersifat sejagat dan bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan perlu terus dilakukan dan pencabulan hak asasi mest dibendung untuk tujuan keamanan hidup masyarakat dunia dan tempatan.