Point2sop

Followers

Thursday, November 30, 2017

Ruang Terkurung (Confined Space)

Definasi : Ruang Terkurung “Suatu ruangan yang mempunyai laluan masuk / keluar yang terhad, pengudaraan yang tidak mencukupi dan tidak direkabentuk sebagai tempat untuk menjalankan kerja biasa”

Contoh :
  • Pengandung Tekanan
  • Vessel
  • Tangki
  • Silo
  • Lubang dan Saluran Pembentungan
  • Perigi
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, kesihatan dan Kebajikan) 1970
Peraturan 13: Peruntukan berkaitan keselamatan ruang terkurung
  • Kod Amalan Bekerja Selamat di Ruang Terkurung 2001 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  •  Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  • Seksyen 15: Peruntukan berkaitan dengan kewajipan am
  •  Membuat perkiraan selamat bagi pengendalian bagi bahan dan loji …..”
KERJA DI DALAM RUANG TERKURUNG
  • Pembersihan dan pencucian
  • Kerja kimpalan
  • Mengecat dinding tangki
  • Pemeriksaan
  • Penggantian alatan
  • Pembaikpulihan
  • Pengukuran / pengambilan sampel
HAZARD DI DALAM RUANG TERKURUNG 
  • Kurang pengalihudaraan
  • Kehadiran hazard kimia (gas toksik)
  • Hazard biologi
  • Serangga
  • Binatang (contoh: ular)
  • Kurang pencahayaan
  • Berkaitan dengan ergonomik
KERJA DI DALAM RUANG TERKURUNG
  • Kehadiran cecair / air
  • Permukaan lantai licin
  • Kebakaran atau letupan
  • Peralatan mekanikal
  • Bising (dari aktiviti yang dijalankan)
  • Kurang pengalihudaraan (Kekurangan oksigen)
  • kandungan isipadu oksigen kurang dari 19.5%)Oksigen diambilalih oleh gas lai seperti nitrogen;
  • Oksigen digunakan untuk:
  • Proses kimpalan;
  • Tindakbalas kimia;
  • Orang yang bekerja;
  • Tindakbalas biologi;
Kebakaran dan letupan
  •  Kandungan isipadu oksigen lebih dari 23.5%)
  •  Kehadiran gas / cecair mudah terbakar
  •  Penggunaan alatan elektrik
PERANCANGAN & LANGKAH KESELAMATAN

Sebelum melakukan kerja:
1. Mengadakan permit memasuki dan bekerja di dalam ruangan terkurung
2. Menyediakan prosedur kerja selamat (SOP)
3. Mengadakan latihan SOP bagi pekerjapekerja terlibat
4. Pengukuran ke atas kandungan oksigen atau gas mudah terbakar di dalam ruang terkurung oleh
Penguji Gas Bertauliah (Authorised Gas Tester)

Sebelum melakukan kerja:
5. Membebaskan ( purging) gas merbahaya / bahan pencemaran dan mengadakan sistem pengudaraan yang mencukupi
6. Memasang papan tanda amaran dan pagar penghalang di sekeliling kawasan kerja
7. Mengadakan peralatan pencegahan kebakaran berhampiran lubang masuk ruang terkurung


Sebelum melakukan kerja:
9. Mengatur pasukan penyelamat, pertolongan cemas serta menyediakan peralatan kecemasan
10. Melantik dan merekod seorang penyelia serta pembantu bagi menyelia aktiviti yang bakal di
jalankan
11. Menyedia dan membekalkan kelengkapan perlindung diri (PPE) bagi kegunaan pekerja dan
penyelamat

Sebelum melakukan kerja:
12. Mengasing / menutup semua injap dan sambungan kepada tangki melalui sistem lock
out dan tag out
13. Menyediakan sistem ekzos jika perlu (bagi aktiviti penyedut berhabuk atau kimpalan)
14. Penggunaan perkakas tangan atau elektrik yang bersesuaian dengan aktiviti kerja yang bakal
dilaksanakan
15. Menebat peralatan elektrik yang bakal digunakan

Sebelum melakukan kerja:
16. Mengadakan laluan keluar masuk dari / ke dalam tangki yang selamat
17. Memilih dan merekod pekerja yang sihat (fizikal dan mental) dan terlatih untuk melakukan kerja

Semasa Melakukan Kerja:

  • Penyelia atau pembantu menyelia secara berterusan aktiviti kerja yang dilakukan
  • Mengukur secara berterusan kandungan oksigen atau gas di dalam vessel /ruang terkurung
  • Menyedut keluar sebarang habuk yang terjana secara berterusan

Semasa Melakukan Kerja:
Mengadakan sistem komunikasi di antara pekerja dan penyelia
Mengadakan sistem pengalihudaraan mencukupi serta secara berterusan
Mengambil langkah menyelamat yang perlu jika berlaku sesuatu insiden kecemasan (letupan,
kebakaran, pencemaran udara dan sebagainya)

Selepas Melakukan Kerja:
Memasti dan merekodkan semua pekerja yang keluar
Memeriksa tempat kerja untuk memastikan alatan kerja dibawa keluar (sistem ekzos mudahalih, lampu, alat pemadam api dan sebagainya)
Memberhentikan bekalan elektrik

Selepas Melakukan Kerja:
Memansuhkan / membatalkan permit kerja (work permit) yang telah dikeluarkan oleh penyelia bertugas
Melaporkan sebarang masalah (jika ada) yang berkait dengan kerja
Menyerahkan tanggungjawab pengendalian ke atas ruang terkurung serta merekodkan penyerahan tersebut kepada orang yang berkuasa

RUMUSAN 
  1.  Ruang terkurung merupakan satu ruang sempit yang mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad.
  2. Ruang terkurung mempunyai pelbagai hazard yang boleh menyebabkan kemalangan.
  3. Terdapat peruntukan perundangan di bawah FMA 1967 dan OSHA 1994 yang berkaitan dengan ruang terkurung.
  4. Bagi mencegah kemalangan, satu strategi diikuti dengan perancangan dan langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas melakukan kerja dalam ruang terkurung boleh diambil.

1 comment: