Point2sop

Followers

Monday, December 20, 2010

HUKUM WANITA MENYANYI DISISI ISLAM

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat meminati muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah dibenarkan.
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.

Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.
Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap halal. Kesimpulannya adalah wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara haram mutlak selama-lamanya. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa selama mana dia tidak bertaubat kepada Allah Taala.

16 comments:

  1. assalamualaikum, mohon kebenaran utk share..., trima kasih...

    ReplyDelete
  2. benda baik. share aje! Islam mmg untuk disebarkan!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Itu yg sebaiknya. Dibenarkan syara menghiburkan mahram🤗

      Delete
  4. Replies
    1. tak kira lagu ape pun. sebab suara ppuan akan tetap lunak dan menggoda lelaki bukan mahram. nak nyanyi jugak nyanyi je diumah atau depan suami

      Delete
  5. Dah tau haram tp blh plak siar kt media...pelik kn? Pihak bertanggungjawap mn eh????nie la punca muda mudi kite rosak... maaflah teguran demi menegakan kebenaran....

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ... nak tnya ..
    kalau wanita nak nyanyi yang BUKAN dikhalayak orang ramai ..
    Nyanyi yang wanita itu nyanyi hanya diri SENDIRI sahaja yang boleh dengar ..
    adakah itu dikira HARAM ? atau DOSA?

    ReplyDelete
  8. kalau suara wanita tu tak lembut, macam kasar sikit...bolehke nyanyi?

    ReplyDelete
  9. mmg sebenarnya wanita xdpt menyanyi ke walau nyanyi memuji PENCIPTA YANG ESA...mf ingin tahu ...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, nk tanya macam mana kalau cita ii perempuan tu nak jadi penyanyi sedangkan benda tu Haram???

    ReplyDelete