Teknik “Casting”
Teknik casting dasar adalah memancing dengan cara melempar dan menarik kail secara berterusan hingga ikan tertarik dan memakan umpan. Selama beberapa tahun kebelakangan ini, design dan jenis kekili terus berkembang untuk mengatasi kesulitan yang mungkin ditemui pemancing.
Untuk mendapatkan hasil terbaik, sebaiknya pemancing harus melatih diri dengan teknik casting yang betul, agar tidak berlaku kesilapan sebarang kesilapan dalam teknik ini, memungkinkan bahaya bagi orang lain. Teknik yang betul adalah penting daripada kekuatan menggulung geledung kekili.
Teknik casting ini terbahagi kepada beberapa teknik lain. Cth: Teknik casting di atas kepala (overhead casting) misalnya, joran diangkat tinggi-tinggi sampai di atas kepala dan terus ke belakang sebelum dihayunkan ke laut dsb.
Satu lagi teknik adalah roll casting, iaitu dengan meletakkan joran atau tali pancing di depan kita(pemancing), kemudian dihayunkan dari sisi belakang dan terus dilemparkan ke depan dan jatuh ke laut dsb.
Bagi sebahagian pemancing, surfcasting adalah teknik casting yang paling senang. Teknik melepaskan kail dan umpan ini dilakukan dengan menggerakkan seluruh anggota tubuh. Gerakan melempar kail ini dilakukan dengan ritme dan tempo tertentu. Teknik ini dikata mempunyai seninya yang tersendiri.
“Lure Fishing”
Memancing dengan cara memujuk atau menarik perhatian ikan dengan perbagai umpan palsu agar mahu mendekati. Pada dasarnya cara ini tetap menggunakan teknik casting. Umpan yang dipasang biasanya bervariasi, bermula dari yang biasa, berwarna-warni, atau yang menyerupai ikan.
“Legering”
Teknik serba guna ini adalah dengan melemparkan kail sehingga umpan jatuh ke dasar sungai, tasik, ataupun laut. Cara ini dilakukan untuk menarik perhatian ikan yang sedang mencari makanan di dasar air. Cara ini tidak memerlukan banyak trik.
Teknik “Trolling”
Teknik yang memerlukan kemahiran tinggi, ini adalah kerana teknik memancing di bahagian belakang bot atau kapal yang bergerak. Teknik ini biasa dilakukan di sungai atau tengah laut. Bot biasanya digerakkan dengan dayung ataupun enjin. Teknik ini bertujuan menipu atau menarik perhatian ikan seolah-olah umpan kita sedang dikejar-kejar pemangsa sehingga ikan akan terpanggil untuk mengejar umpan.
Trolling biasanya dilakukan dengan tali yang panjang. Untuk trolling di sungai, harus dilepaskan tali sekitar 4,5 sampai 6 meter. Sedangkan untuk tengah laut dengan kedalaman 75-100 kaki, tali haruslah dilepaskan sekitar 23-30 meter. Untuk laut dalam, tali di geledung kekili haruslah sekitar 180-300 meter, dan dihujung tali iaitu sebelum kail dan umpan haruslah diletakkan stainless steel, ini adalah kerana kebanyakkan ikan pemangsa mempunyai gigi yang sangat tajam.
No comments:
Post a Comment