Point2sop

Followers

Tuesday, December 18, 2012

Maintance Lampu Jalan- type direct-

kerja menyelengaraan lampu jalan di equne park... 

langkah- langkah  kerja:-
1- check pada feeder.. pastikan peralatan yang hendak digunakkan cukup sepertinya 'testpen', multimeter (pastikan jenis yang ada buz)... 

2- seterusnya, buka feeder. lihat pada 'selecter suis'.. pada keadaan asalnya berada pada keadaan 'auto'.. untuk lakukan 'bypass', pusingkan pada keadaan 'local'. untuk keadaan 'off ' untuk mematikan supply pada feeder. tapi AWAS!!! arus pada switchgear ada..


3- gunakan peralatan seperti testpen untuk check arus.. pastikan contactor berada dalam 'OK'

4- perkara yang memeningkan boleh dilihat pada gambar dibawah.. banyak kompenen yang hilang, kabel dicabut..
kabel dicabut & tidak tahu fasa apa.. red , yellow & blue
gunakan multimeter untuk check fius... adakah masih berada dalam keadaan baik @ tidak..
5- tiang lampu ini sebelumnya pakai balast @ sodium.. kami ubah sedikit wairing untuk jadikan direct.. saving cost sikit... 

capasitor.. tiang lama je pakai benda ni lagi.
nie ada orang panggil balast @ sodium.. jadi kene alert ..
bila dh tukar pendawaian dari balast--> direct.. pastikan  jenis lampu ditukar...
mana yang pakai mercury ke..

lakukan pendawaian dengan cermat dan berhati-hati.. safety first... jangan berlaga fasa..


Seperti lihat gambar diatas... kami ambil supply dari tiang sebelah... pastikan fasa yang diambil adalah sama.. 


kami yang tukar lampu pakai lorry 1 tan.. pastu letak tangga atas lori tu..

waktu senja kami pergi lihat lampu tersebut... nak lihat terang ke tidak... terang je.. ok lah..

6- bila dah siap kerja-kerja pembaikan lampu.. pergi pada feeder lakukan bypass.banyak masalah ketika melakukan ini. ini disebabkan seperti masalah yang dinyatakan seperti diatas.. seperti masalah kabel, takut berlakunya sentuhan antara phase.. dapat dilihat pada fius pada braker putus beberapa kali.. tanpa mengambil risiko yang lebih.. baik bertanyak kepada yang pakar.. takut lebur jer busbar, terbakar ker feeder..

Bro nie yang banyak membantu dalam kerja-kerja nie... terima kasih banyak2..


Wednesday, October 31, 2012

Praktikal Oh Praktikal 5

Selepas melakukkan fiiting panel...
penarikkan power cabel dari transformer ker fidder..
kerja ini mengambil masa 2 hari 2 malam.. tidur disite, makan di site dan solat jangan sekali tinggalkan...

gambar dibawah kerja-kerja dilakukan
kabel power cabel sepanjan 50meter saaja.. dengar macam senang, yg menyusahkan adalah untuk laluan cabel yang  bengkang bengkok, susunan kabel yang bertindih.. pengalaman yang menyenang kerja kita..

seperti yang ada nampak.. penggunaan GCB untuk kerja penarikkan power cabel... pastikan anda mempunya roller cabel.. jika tidak ada, gunala cara diaatas... janji kretif :)

laluan kabel yang bengkang bengkok menyusakan... apabila membuat kerja ini, patikan memakai pakaian gelap.. kerana kabel ini ada carbon.. iti yang hitam pakaian kita..

dari transformer ker fidder... pastikan susunan betul.. 3 fasa red yellow blue...
susun kabel bagi lawa & kemas..

kerja yang memakan hari 2 hari 2 malam.. malam pown kena kerja.. sampai  3 pagi n tidor kat sana.. selamat side dekat dengan ruma aku... boleh balik....

hitam ler jawapnya... aku tak kesah pown kotor nie.. 

susunan power cabel di transformer... yang fitting power cabel dari syarikat lain...

Thursday, April 12, 2012

Praktikal Oh Praktikal 4

Selepas selesainya gland cable pada protection control panel dan switchgear 11kv.
sekarang kerja buswairing..

buswairing...
senang je ni... sbb da ade marking kt kabelnye.... juz masukkan  je ke panel sebelah.. pas masukkan ketatkan pakai testpen... buswairing ni dia da siapkan daripada kilang.... siap furrel number n kabel lug ...

seterusnya, kerja wairing pada penel switchgear dan control panel... sebelum itu pastikan kerja furrel number dan kabel marking sudah siap (nak siap semua panel dlm masa 2 minggu paling cepat)... apabila sudah siap, cabel multicore telah siap bentukkan... nanti senang le, juz tinggal fitting panel jew..
Sebelah kiri: Ketika proses membuat Furrel Number
sebelah kanan: kerja fitting cabel... siap dengan cable lug lagi



bila dah siap dengan kabel lug, boleh lah fiting panel... mana pi XY, XX, XH, XA....

pastikan cara masukkan kabel lug betul.... ikatkan dengan kemas.... fitting bagi molek sikit... baru puas hati  hasil kerja sikit... dan korang boleh nampak hasilnya bagi rajah diatas...

bila dah siap wairing cable multicore..
bersambung...

Wednesday, April 11, 2012

Praktikal Oh Praktikal 3

ok, bila switchgear & protection control panel 11kv telah berada seperti dalam lukisan...
seterusnya kita aq buat laluan kabel multicore.. kabel multicore seperti 27C,19C,12C,9C,4C,2PAIR...
kabel ni lalu pada bahagian atas. untuk laluan bawah cuma power cabel...

apabila besi telah dipotong dan  welding, kena cat besi tu supaya tidak  mudah berkarat...
untuk bagi bagi lurus, gunakan 'mantau'... peralatan digunakan adalah drill, arrow angker,punch,tukul, batang stuck dan nut serta spana.....
selepas pada setiap bahagian terdapat sangga kabel ladder, maka letakkan kabel ladder..... selepas ia diikat, antara 2 kabel ladder yang berlainan, endakla diskrukan pada sangga mengunakan skru 'hexagon'... tujuannya adalah bagi kabel ladder tidak tercabut...



Selesainya kerja laluan kabel, seterusnya kerja-kerja penarikkan kabel... penarikkan kabel dari control panel ke switchgear 11kv, dr dc charge, NAR

dalam rajah ini, menunjukkan kabel yang telah lama terbiar... sehinggakan kabel drum tertimbus kedalam tanah.. jadi susah untuk mengalihkannya... macam2 skill digunakan.....  


apabila sudah jack cable drum dengan ketinggian melepasi had pusingan drum.. kerja ini memerlukan ramai tenaga kerja...penat jugak tarik ni...
jadi selepas tarik kabel... kabel tersebut akan lalu atas kabel ladder.. pastikan ia disusun dengan kemas.. ikat antara kabel gunakan kabel type....


apabila kabel sudah ditarik... sekarang masanya untuk gland cable multicore... peralatan yang digunakan spana adjustable, multiplayar..... sbelum itu kabel multicore hendaklah disiat... buang outtershield....

man tengah gland cable.... yang warna silver untuk bg dalam(indoor).. yang warna tembaga untuk bahagian luar(outdoor) ... pastikan gland cable diikat dengan kuat....
TAMAT BAHAGIAN Praktikal Oh Praktikal 3

Tuesday, April 10, 2012

Praktikal Oh Praktikal 2

Kita sambungkan kerja seterusnya....
selepas kerja-kerja buat tapak switchgear selesai....
seterusnya kerja untuk alikan switchear ke tapaknya....

switchgear 11kv sensitif dengan habuk... jd ia dibalut dengan plastik...
untuk mengalihkan ia dengan pilot jet .pastikan ia dekendalikan hendalnya dengan baik... kerja2 ini memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 orang.
Seterusnya, pastikan ia diseting sama dengan tapak yang baru dibuat.gunakan jek untuk mengalihkan  feeder kehadapan atau kebelakang... apabila ia diseting dengan betul, ikatkan skru tapak bawah dan tepi...


selepas ia diseting kududukan antara feeder sebelah-sebelahan. pastikan kedudukan ia sama dengan sebelalah2. ia perlu dalam keadaan  baik kerana untuk memudahkan penyambungan busbar.... pastikan skru tapak gunakan bolt dan nut.

inilah hasilnya apabila siap... untuk penyusunan switchgear, sebelah kiri dari incomer adalah starting ganjil seperti 1,3,5,7,9,11 dan sebelah kanan adalah genap 2,4,6,8,10,12....



seterusnya kerja membuat tapak keluaran tapak VCB switchgear 11kv....pastikan tapak ia condong lebih kurang 30 darjah...

gunakan speedcutter untuk memotong besi.. pastikan  ia diukur dan ditanda mengunakan sesiku L.... amalkan ciri-ciri keselamatan... 
apabila ia suda dipotong... pastikan anda memanda mengunakan pahat ... apabila  ia suda h dipahat, gunakan drill untuk membuat lubang.. 2 lubang
apabila lubang dibuat, ukur dari lantai ke tapak VCB.. pastika ia sama level... apabila sudah, tebuk lantai gunakan drill... selepas menebuk gunakan arrow angker dan batang stuck..letakkan pada lubang pada besi... selepas itu, letakkan nut dan ketatkan. selepas itu pada tapak mcb haruslah diweldingkan...

selepas itu, simenkan pada bahagian yang ada ruang2.. pastikan ia diratakan........





Selepas kerja pengalihan feeder lama, buat tapak dan installer switchgear 11kv...
sekarang untuk pemasangan protection control panel 11kv 


ini merupakan protection control panel... untuk mengalihkan ini tidak memerlukan pilot jet... gunakan kudrat tenaga  manusia. tenaga kerja digunakan seramai 3 orang .. setiap penjuru.. pastikan ia balance dengan protection control panel yang sebelahan.. kedudukan ia sama seperti control panel, yang sebelah kanan genap dan kiri ganjil......

control panel sama dengan sebelah. boleh lihat pada garisan kuning untuk memudakan kerja menskrukan pada  control panel sebelah..

TAMAT BAHAGIAN 2

Monday, April 9, 2012

Praktikal Oh Praktikal 1

Assalammualaikum....
Latihan Industri aq dah abis...
jadi skrang time untuk buat report pulak...
macam2 aq pikirkan untuk buatkan report pasal pembahagi pencawang utama 33KV/11KV(PPU) ni... sebab aq pown x tau sangat teorinya.....

gambarajah bawah menerangkan aliran tenaga dari empangan boleh sampai ke rumah kita sekarang ni... yang PPU 33KV/11KV berada kat mne???
jadi sekadar shared skit kat kowang sumer aq buatkan ini....
OK, side kerja aq di bangi... di pembahagi pencawang utama 33kv/11kv...

asalnya REHAB.... itu yang nampak lawa

kerjanya untuk menukar PPU lama ke baru.... orang kata yang switchgear lama bahaya. sebab x ade protection control panel. jadi bila x ada protection control panel nak 'ON' pown takut2... kenalah upah warga asing untuk 'ON'... bayar lah rm1000... kalau lucky oklah, kalau x de lucky....mati je
seperti yang korang nampak kat rajah 1, bahagian sebelah kanan yang kena taruk tali 'bahaya'...

Rajah1
Switchgear &Fedeer 11kv

selepas kerja pengalihan Switchgear & Fedeer 11kv,  seterusnya lori yang memainkan peranan untuk mengangkat keluar dari side...
kalau tidak, menyusahkan kerja2 dibaagian luar...
seperti sivil dan lain2...

org2 TNB ade  sekali





selepas kerja2 pengalihan selesai... masa untuk installer PPU
LANGKAH 1

kerja untuk buat tapak switchgear dan fedder 11kv..
pastikan alat2 seperti pembaris besar n teropong ade.(aq x tau pe nmnya)... lepas ukuran setiap sisi adalah sama,  ambik besi panjang dan besi L (spt rajah)... 



LANGKAH 2

kerja hack lantai bertujuan untuk memudahkan kerja seterusnya. kerja seterusnya adala menyimen. jikalau lantainya rata. simen yang baru senang tertanggal dalam bentuk seketul... macam batu lh jugak...


LANGKAH 3
inilah kerja seterusnya.... apabila simen telah dibancuh.... maka kerja membuat tapak switchgear dilakukan.. pastikan simen tidak mengandungi air yang banyak.. nanti lambat kering... maka lamalah lepak (hehe)


Inilah hasilnya apabila siap.. pastikan ia betul2 kering supaya kuku untuk letakkan switchgear

Tamat untuk 
Praktikal Oh Praktikal 1