Orang tua-tua dulu ada petua untuk mengurangkan masin sesuatu masakan itu contohnya gulai yang terlajak letak garam dengan mencampurkan dengan ubi kentang..ini kerana ciri-ciri kentang itu yang menyerap kemasinan garam tersebut.
Sedikit info dapat mengenai kebaikan kentang untuk tubuh kita:
Terdapat beratus jenis ubi kentang yang tumbuh di seluruh dunia. Ia adalah daripada keluarga Solanaceac seperti terung dan tomato. Ubi kentang berasal dari negara Bolivia daan Peru dan ia telah mula ditanam semenjak tujuh ribu tahun dahulu. Semenjak orang Sepanyol membawa ubi kentang keluar dari Amerika Selatan pada abad ke -16, ubi kentang telah menjadi bahan penting dalam setiap masakan orang Eropah. Kini, ubi kentang ditanam secara besar-besaran terutamanya bagi peladang di Amerika Syarikat.
Khasiat Kentang.
Ubi kentang mempunyai banyak khasiatnya. Ini disebabkan oleh ianya kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalam darah tetapi menghidap darah tinggi.
KENTANG GORENG A.K.A FRENCH FRIES!! BEST!
ReplyDelete