Untuk renungan, " Tidak ramai kalangan kita yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap penjagaan kesihatan berbanding penjagaan perkakasan harian. Sebagai contoh, warga yang berumur dan mempunyai masalah sendi (tulang rawan haus, tidak mampu berdiri lama, dll) tidak akan merawat keadaan tersebut sehinggalah keadaaan telah kronik dan mendapat saranan dari doktor. Tetapi berlainan apabila engsel pintu yang rosak (perkakasan) disebabkan kurang gris atau berbunyi disebabkan haus, terus sahaja mengeluarkan pelaburan untuk memperbaiki @ diganti secepat mungkin dengan alasan khuatir sekiranya dibiarkan akan menjadi lebih rosak dan akan melibatkan kos @ pelaburan untuk baik pulih yang lebih besar. "
Perkongsian realiti masyarakat di Malaysia melalui pengalaman dalam berurusan dengan pengguna-pengguna produk Insaan. Tidak ramai yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam penjagaan kesihatan, dan faktor ini telah meningkatkan lagi risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik sejajar dengan peningkatan usia seperti gout, sakit sendi, lemah tenaga batin, kanser, strok dan sebagainya. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati, nikmat kesihatan yang dianugerahkan seharusnya dijaga dengan sebaik mungkin terutama ketika kita masih kuat dan berupaya.
Tidak dinafikan gaya hidup masyarakat Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya turut mempengaruhi corak permakanan seharian kita. Sarapan teh tarik bersama roti telur @ nasi lemak, menu tengahari nasi putih dengan sayur masak lemak, kari ikan dan tempe goreng, makan malam nasi putih dengan sup ayam, ikan goreng dan kailan ikan masin, adalah contoh menu harian kebanyakan masyarakat kita. Sekiranya corak permakanan seperti ini diamalkan setiap hari bayangkan berapa jumlah kolestrol dan lemak yang terkumpul di dalam tubuh setelah bertahun-tahun kita makan tanpa sedar akan risiko pada masa hadapan. Ini tidak termasuk individu yang suka makanan manis @ masin, dan makanan segera dalam permakanan seharian membuatkan taraf kesihatan menurun jauh lebih rendah dan berisiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit kronik.
Mungkin tidak ramai yang tahu penyakit kronik seperti kanser boleh dicegah dari awal. Sel kanser terbentuk apabila badan kita terdedah kepada radikal bebas yang wujud di sekeliling kita. Pendedahan yang berterusan kepada cara hidup yang tidak sihat, diet yang kurang seimbang, pencemaran alam sekitar, asap rokok, tekanan dan sebagainya boleh meningkatkan tahap radikal bebas dalam badan kita secara mendadak. Radikal bebas bertindak menyerang tisu-tisu badan menyebabkan kerosakan sel serta kesan penuaan, dan dalam jangka masa panjang sel-sel yang rosak ini akan bergabung dengan sel-sel rosak yang lain membentuk sel kanser. Amalan pengambilan makanan tambahan dengan kadar anti oksidan yang tinggi seperti jus Noni serta Spirulina akan mengurangkan pengoksidaan dalam badan disebabkan serangan radikal bebas serta mengurangkan kesan penuaan.
Selain dari kanser, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas jangkitan kuman dalam darah (septisemia), penyakit jantung dan kanser di Malaysia. Berdasarkan statistik, kira-kira 40,000 rakyat di negara ini diserang strok setiap tahun. Lebih membimbangkan, jika sebelum ini penyakit itu sering dikaitkan dengan golongan berusia, ia kini mula menyerang lelaki dan wanita muda yang berumur di bawah 40 tahun dan bilangannya juga semakin meningkat. Akhirnya sebagai jalan peyelesaian terpaksa bergantung kepada rawatan yang berisiko malahan mahal sekiranya terpaksa dilakukan di luar negara seperti terapi antiplatelet, serta penggunaan agen trombolitik seperti alteplase juga dikenali sebagai pemecah bekuan darah secara suntikan bagi membantu membuka arteri sekiranya berlaku sekatan.
Gamat merupakan rawatan alternatif terbaik sebagai agen trombolitik kerana gamat dari spesies gamat emas mengandungi Mukopolisakarida (MPS). Selain berfungsi sebagai agen trombolitik, Mukopolisakarida (MPS) di dalam gamat emas turut berfungsi untuk membesarkan urat darah, dan mengekalkan keanjalan saluran darah dan kelikatan darah lebih rendah. Keberkesanan gamat emas dalam membersih serta membuka arteri darah yang tersumbat boleh dilihat melalui gambar di bawah. Maklumat lanjut klik http://insaan-asia.blogspot.com/2010/11/ketahui-nilai-khasiat-gamat-emas-untuk.html
Kesihatan yang baik bermula dari awal dengan mencegahnya sebelum menjadi lebih buruk. Sekiranya kesihatan dapat dibeli dengan wang ringgit, sudah pasti tiada siapa yang mampu meletakkan nilai ringgit padanya untuk kita beli apabila kita atau orang yang kita sayang amat memerlukan. Sedikit pelaburan dalam bentuk masa untuk bersenam serta makanan kesihatan merupakan pelaburan yang tidak ternilai untuk kesihatan pada masa hadapan. Jangan jadikan budaya "Tak apa" sebagai sel barah yang memakan diri kita sedikit demi sedikit sehingga tiba satu masa kita tidak lagi mampu berbuat apa-apa untuk mengembalikan nikmat kesihatan yang kita pernah ada.
No comments:
Post a Comment