Point2sop

Followers

Saturday, September 18, 2010

AIDILFITRI 2010

AIDILFITRI: HARI KEMENANGAN & KESYUKURAN

Kedatangan satu syawal adalah saat yang dinanti- nantikan oleh umat islam setelah sebulan melalui ujian Allah s.w.t. melalui segala rintangan agkembali gelanganar dapat merasai keperitan hidup insan yang kurang bernasib baik. dan satu syawal juga adalah natijah untuk kita melahirkan kesyukuran di atas segala kesempurnaan melalui ujian
Allah itu. Pengakhiran itu bermakna bermulalah kembali gelangang perjuangan dan mengendalikan hawa nafsu yang menjadi sumber kebianasaan manusia.


bagi orang yang telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadhan, syawal adalah detik kembali kepada fitrah tanpa sebarang dosa dan noda. Oleh sebab itulah apabila fajar menjelang, setiap muslim disunatkan menyiapkan diri pagi untuk merayakan Aidilfitri dengan rasa gembira tetapi tidaklah berlebihan. Hari raya disambut dengan membesarkan Allah
s.w.t. iaitu dengan mengucapakn kalimah takbir dan tahmid dari malam raya hinggalah di pagi syawal esok harinya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.


zakat fitrah yang diwajibkan ke atas setiap umat islam tidak kira yang muda atau tua seboleh-bolehnya hendaklah disampaikan kepada fakir miskin sebelum hari raya agar mereka dapat bersama-sama saudara islam yang lain menyambut hari kebesaran ini dengan penuh bermakna. Sesungguhnya islam tidak mahu di hari bahagia ini ada insan lain yang kelaparan
kekurangan makanan sementara golongan berada bergembira dalam keadaan mewah.


Ada 2 cara merayakan Aidilfitri yang boleh mententeramkan jiwa. Pertama dengan mengingati saudara Islam yang kurang bernasib baik, menderita dan ditimpa malang. kita wajib memberi lebihan rezeki yang ada dengan berfitrah kepada mereka. kita patut bersedekah dengan rezeki yang berlebihan selain mengeluarkan zakat fitrah.
Kedua, merayakan hari raya dengan mengingati Allah s.w.t. banyakkan bertakbir, tahmid dan bertahlil sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. kita bertakbir bagi membesar dan mengangungkan Allah s.w.t. kerana Dialah yang memberi pentunjuk lepada kita hingga dapat melaksanakan ibadah puasa.


Demikianlah pimpinan Islam terhadap umatnya untuk merayakan Aidilfitri yang mulia. Disamping memakai pakaian cantik elok kita melapangkan dada memberi maaf kepada mereka yang datang memohon maaf. Begitu juga sebaliknya kita hendaklah memohon kemaafan dari insan lain apabila berlaku salah silap dengan ikhlas hati dan bukannya
sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun, di inggatkan bahawa bermaaf-maafan menuntut Islam tidaklah hanya setahun sekali iaitu di hari raya sahaja. Seharusnya sikap bermaaf-maafan tidak hanya ditentukan oleh ruang waktu. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang kembali kepada kebenaran dan mendapat petunjuk
dari Allah s.w.t, mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w serta memperoleh kemenangan di atas kekuatan iman dan ketaqwaan yang dimiliki.

No comments:

Post a Comment