Point2sop

Followers

Friday, February 18, 2011

JEK 2155(underground)

Bawah ini merupakan kerja tugasan JEK 2155(underground) bersama En.mizi dan telah dibentang pada hari selasa 15.2.2011( hari malidurasul ). Geng presention aQ dengan yen,rahman & mat dalam bentuk Microsoft PowerPoint.

Cable Underground
(kabel bawah tanah
)

Pengenalan

Pengagihan tenaga elektrik bukan sahaja menggunakan sistem talian atas seperti mana yang telah kita pelajari, adakalanya pengagihan bekalan elektrik juga dilakukan dengan menggunakan sistem bawah tanah. Oleh yang demikian untuk membolehkan pengagihan bekalan elektrik melalui bawah tanah, maka kabel yang sesuai perlu digunakan. Kabel bawah tanah dihasilkan bagi membolehkan pembekalan tenaga elektrik disalurkan ke sesuatu kawasan dengan selamat. Pemasangan kabel bawah tanah biasanya dilakukan di kawasan-kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang perlu dimana talian atas agak tidak bersesuaian kerana faktor ruang dan keselamatan atau sebagainya.

Secara umum, rekabentuk kabel bawah tanah dapat digambarkan seperti rajah 7B

Bahagian-bahagiannya adalah:

(1) Teras :

Jenis penebat yang digunakan ialah :

Kertas yang direndam didalam minyak.

Vulcanized bitumen.

Varnished cambric

(2) Penebat :

Pelbagai jenis penebat boleh digunakan antaranya :

Polyniryl Chloride(PVC)

Impregnated paper (PILCDSTAS)

(3) Salutan Logam :

Disalutkan di atas penebat untuk mengelakkan dari kemasukan lembapan. Antara bahannya adalah:

Plumbum

Aluminium

(4) Pelapisan (bedding)

Di sebelah luar lapisan logam terdapatnya selapis bedding. Diperbuat dari gabungan kertas dan bahan gantian. Tugas pelapis ini ialah untuk memberi perlindungan kepada salutan logam.

(5) Pemerisaian (Armouring)

Untuk mengelakkan kerosakan mekanikal dari berlaku ke atas kabel. Satu atau dua lapisan dawai keluli ( galvanized steel wire ) atau dua lapisan tap keluli digunakan untuk tugas pelapisan.

(6) Serving :

Di bahagian lyang paling luar iaitu atas lapisan pemerisaian disalutkan pula dengan satu lapisan gantian serupa dengan pelapis

Faktor Pemilihan Kabel bawah tanah

Jenis kabel.

keupayaan membawa arus.

susutan voltan.

voltan bekalan.

suhu ambient.

Kabel bawah tanah merupakan talian elektrik yang di alirkan melaluli bahagian bawah tanah atau dalam tanah. Antara kebaikkan kabel jenis ini yang ada ialah:-

Kurangnya kerja-kerja penyelenggaraan kerana kurangnya berlaku kerosakan.

Boleh membekalkan beban yang tinggi kerana terdapat saiz kabel yang lebih besar dan berbilang saiz.

Boleh direntang ditempat yang sempit.

Boleh direntang melalui parit,sungai dan jalan raya.

Selamat dan tidak membahayakan orang awam.

Keburukan penggunaan kabel bawah tanah:

Kos penyelenggaraan yang mahal kerana menggunakan jentera berat.

Susah untuk mengesan kerosakan.

Berat dan susah direntang.

Terpaksa menggunakan ramai pekerja mahir

Bahan-Bahan Penebatan

Polyniryl Chloride(PVC)

Impregnated paper (PILCDSTAS)

Mineral Insulation (MICC)

Cross Linked Polyethylene (XLPE)

Penebat yang berlainan adalah untuk tempat-tempat yang berlainan dari segi kelembapan dan lain-lain.

Setiap kabel-kabel elektrik mempunyai perlindungan mekanikal tersendiri antaranya:

Steel Wire Armoured(SWA)

Double Steel Taped Armoured

Copper Sheath

Lead Sheath

Kategori-kategori kabel bawah tanah

Jenis-jenis penebat:

  1. Penebat PVC/XLPE

Penebat pvc selalu digunakan untuk kabel VR/VS satu teras atau VR/VS dua teras dan untuk lampu awam.`

2. Penebat Kertas

Digunakan untuk kabel berbalut (belted type). Ini adalah jenis kabel bawah tanah yang selalu digunakan di TEN untuk VR/VS dan VI

3. Penebat MICC
-Ia adalah jenis yang tahan lama,bagus untuk kegunaan sistem alarm,sukar terbakar dan tahan 250c.">

4. Penebat PVC/SWA/PVC
- Bagus untuk kegunaan dalam tanah,sistem lampu isyarat dan ada perlindungan mekanikal SWA.

Kabel Kertas

Penebat terus ialah kertas isian yang berlapis-lapis di atas tiap-tiap satu teras pengalir.

Penebat balut ialah kertas isian yang berlapis juga tetapi digelung kertas kabel yang mempunyai tiga atau empat kertas untuk mendapatkan ikatan yang kejap pada kabel. Penebat balut ini juga digunakan sebagai lapisan penebat tambahan diantara salut timah dan penebat kertas.

KABEL PVC

Digunakan dalam pemasangan tetap untuk unit elektrik dengan voltan sampai dengan 450/750V

Tuesday, December 28, 2010

tips menjaga kereta

Cara yang paling baik untuk menjaga kereta anda ialah untuk memeriksa keadaannya setiap hari. Perkara seperti memeriksa air, angin tayar, minyak engine dan minyak brek mungkin sesuatu yang meremehkan apatah lagi jika dalam kelam kabut di pagi hari. Tapi 'pre drive check' setiap pagi akan membantu menjaga atau pun membantu kita memantau 'kesihatan' kereta kita. Cara memandu atau "driving techniques" yang betul juga dapat memanjangkan hayat kereta.Pecutan mengejut, sudden braking atau berhenti mengejut lebih elok di elakkan. Ini bukan bererti tidak langsung, tetapi hanya bila diperlukan sahaja. selain itu, awak tidak memberitahu samada kereta itu kereta baru atau terpakai. Ia relevan kerana jika kereta baru ia masih ada jaminan dari ejen. Jaminan ini tergantung 3-5 tahun atau kilometer yang berbagai dari 50,000-100,000. Tapi yang saya ingin sentuh ialah jaminan seperti ini termasuk servis kereta secara percuma antara 1 hingga 3 servicing . Ia bergantung pada syarat syarat jaminan yang sedia ada di dalam buku jaminan kereta anda. Servis adalah sesuatu yang amat penting dalam usaha menjaga kesihatan kereta kita. Ia kerana mekanik akan dapat memantau secara terperinci akan kereta kita jadi kalau ada sesutau yang kita tak dapat nampak dari 'pre drive check' kita, mereka akan dapat tahu sebelum masaalah kecil itu melarat. Jika kereta baru, lebih baik kita menggunakan minyak synthetic kerana minyak seperti ini akan dapat membersihkan kereta dengan lebih rapi dan pengunaannya mengizinkan kita menghadkan jarak service kereta setiap 10000km. Kereta mengunakan minyak mineral pula harus diservis stiap 5000km.Penggunaan minyak mineral lebih baik untuk kereta yang terpakai dan sudah lama. Ini kerana kereta lama yang rekod servicing nya tidak terperinci, mungkin sudah ada lapisan kabon di engine. Jika kita gunakan minyak sybthetic ia akan hanya membersihkan lapisan kabon ini dan dalam niat kita untuk memberikan yang terbaik pada engine kita akan hanya memburukkan saja keadaan kerana piston akan bergeselan dengan piston blok. Ini kerana sifat minyak mineral daya perlapisan ia pada besi tidak berapa baik dibandingakan minyak synthetic. Tetapi jika kereta lama itu ada rekod servicing yang baik, dan terbukti hanya menggunakan minyak synthetic dari permulaannya, maka teruskan saja menggunakan minyak synthetic.

Thursday, December 23, 2010

8 Cara Mencintai Insan Agung Nabi Muhammad SAW..

Salam...


Mencintai Nabi saw satu perkara yang perintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah.

Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada, akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.

Ada 8 cara untuk mencintai Nabi.

1. Mengenal Nabi

Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi

2. Berselawat ke atas Nabi

Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya

Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya

Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dala masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah sekeliannya

4. Membuat amalan disukai Nabi

Antara perkara yang Nabi suka ialah:-

1. menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim

2. memberi makan orang yang susah

3. membantu orang kesempitan

4. menyampaikan hajat muslimin

5. menasihati orang yang lupa

5. Menghindari perkara yang Nabi benci

Antara perkara yang Nabi benci ialah:-

1. syirik

2. Menentang sunnahnya

3. berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.

Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.

7. Mendampingi penggantinya

1. mendampingi alim ulama

2. mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa

Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzkikan mencintai Allah dan Rasulnya

Inilah lapan cara bagaimana ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda.

Semoga Allah memberi kepada saya dan pembaca sekelian anugerah mencintai Nabi. Kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.

Salam Maulidru Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, amin…

“Ilmu Pelita Hidup”

Al-Faqir Ila Rabbihi wa Muhibbin an-Nabi

Muhamad bin Abdullah

Itaewo Seoul Korea

SUMBER / DIPETIK DARI : Blog Ustaz Amin


Monday, December 20, 2010

Fadhilat Membaca Al-Qur’an

Membaca al-Qur’an adalah seafdhal-afdhal ibadat sehingga disebut bahawa al-Qur’an itu akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya, sebagaimana riwayat Abu Umamah yang maksudnya :

“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Amatlah rugi bagi orang-orang yang kurang gemar membaca al-Qur’an kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat memebaca al-Qur’an itu, antaranya;

1.Pembaca al-Qur’an dinaungi dengan payung rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan. Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang membaca al-Qur’an dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di kelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya.”

(Hadis riwayat Muslim)

2.Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan dipeliharaNya dari kegelapan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta‘ala (al-Qur’an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari qiamat.”

(Hadis riwayat Ahmad)

3.Pembaca al-Qur’an diumpamakan seperti buah utrujah yang harum bau dan enak rasanya. Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :

“Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Perumpamaan orang beriman yang membaca al-Qur’an seperti perumpamaan buah al-utrujah iaitu buah yang berbau harum dan enak rasanya. Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca al-Qur’an adalah seperti perumpamaan buah tamar, rasanya manis tetapi tidak ada baunya. Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang membaca al-Qur’an adalah seperti ar-raihanah yang berbau harum tapi pahit rasanya. Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang tidak membaca al-Qur’an adalah seperti buah al-hanzhalah iaitu buah yang pahit rasanya dan tidak ada baunya. Perumpamaan mendampingi orang yang salih adalah seperti mendampingi pemilik minyak wangi, sekalipun engkau tidak terkena minyaknya engkau tetap mendapat harumnya. Perumpamaan berdamping dengan teman yang jahat adalah seperti mendampingi orang yang menggunakan ububan (alat menghembus api), jika engkau tidak terkena hitamnya (daripada percikan api), namun engkau tetap terkena asapnya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

4.Pembaca al-Qur’an, tiada bergundah hati dan terlepas dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat, kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :

“Daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda: “Al-Qur’an datang pada hari qiamat lalu ia (al-Qur’an) berkata: “Wahai Tuhanku hiasilah dia (pembaca al-Qur’an)!, maka dia dihiasi dengan mahkota kemuliaan.”

Kemudian ia berkata: “Wahai Tuhanku tambahlah lagi! Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan kemuliaan.”

Ia berkata lagi: “ Wahai Tuhanku redhailah dia! Maka dia diredhai.”

Berkata ia pada pembaca al-Qur’an: “Bacalah al-Qur’an dan naiklah (pada tangga-tangga syurga) dan ditambahi pada setiap satu ayat satu kebaikan.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

5.Pembaca al-Qur’an memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Sesiapa yang membaca al-Qur’an dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di hari qiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini (al-Qur’an).”

(Hadis riwayat Abu Daud)

6.Pembaca al-Qur’an memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Dikatakan kepada pembaca al-Qur’an: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Sesuai dengan kehendak syara‘, ketika membaca al-Qur’an kita hendaklah memelihara adab-adabnya, iaitu membacanya dengan berwuduk dan sunat membersihkan mulut (bersugi). Sementara jika hendak menyentuhnya pula hendaklah (wajib) bersih daripada hadas kecil dan hadas besar.

http://www.alquran-indonesia.com/

HUKUM WANITA MENYANYI DISISI ISLAM

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat meminati muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah dibenarkan.
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.

Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.
Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap halal. Kesimpulannya adalah wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara haram mutlak selama-lamanya. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa selama mana dia tidak bertaubat kepada Allah Taala.

Wasiat Rasulullah saw

Pada suatu ketika Rasulullah bertanya kepada para sahabatnya siapakah diantara kamu yang akan menerima beberapa nasihat dari ku untuk diamalkan atau diajarkan kepada orang-orang yang mampu mengamalkannya.

Seruan itu lalu disahut oleh Abu Hurairah sambil menghulurkan tangannya, kemudian Rasulullah memegang tangan Abu Hurairah dan beliau menghintung sampai lima lalu beliau bersabda.

Jauhkan dirimu dari segala yang dilarang nascaya engkau akan menjadi orang yang paling abid berbakti antara manusai.
Bersikap rela terhadap apa yang telah dibangkitkan tuhan kepadamu, nascaya engkau sekaya-kaya manusia.
Berbuat kebajikan terhadap tetanggamu nascaya engkau jadi mukmin sejati.
Cinta kasihlah kepada manusia sebagaimana engkau sayang kepada dirimu sendiri sesungguhnya engkau menjadi orang islam yang hakiki.
Jangan engkau terlalu banyak ketawa kerana kebanyakan ketawa itu akan mematahkan hati.

Pesanan Rasulullah seterunya ialah sekiranya engkau menjadi raja atau menteri atau datang bertemu raja atau menteri maka janganlah engkau melampaui sirah dan sunnahku kerana barang siapa yang menyalahi sunnahku ini maka dia akan datang pada hari kiamat dikepung api neraka dari segala penjuru. Adil sesaat itu lebih baik daripada beribadat 60 tahun lamanya, yang malamnya berisi dengan solat dan waktu siang harinya dengan ibadat puasa.

Pesannya lagi katakanlah kepada orang-orang yang beriman yang pernah melakukan dosa-dosa kecil atau besar janganlah mati salah seorang pun siantara mereka sedang ia masih bergelimang dengan dosa-dosa itu. Kerana sesiapa yang menghadap kepada tuhannya dalam keadaan yang demikian itu, maka siksaan atas dosa kecil yang terus menerus dilakukannya itu sama halnya dengan orang menghadap Tuhannya dalam keadaan dosa besar yang terus-menerus dikerjakannya pula.

Wasiat rasulullah seterusnya janganlah engkau mencaci-maki keculai kepada syaitan. sesungguhnya jika engkau mati dalam keadaan demikian tangan mu kelak akan dijabat oleh semua Rasul Allah, para nabi Allah dan orang-orang beriman sampai engkau melengkah ke dalam Syurga.

Pesanan Rasulullah lagi berjalanlah engkau ke masjid Allah didalam kegelapan malam, sesungguhnya engkau akan diberi Tuhan kebajikan-kebajikan dengan seberat sesuatu yang telah engkau pijak dengan kedua kakimu daro apa-apa yang kamu cintai dan benci sampai kepada tujuh petala bumi.

Wasiat Rasulullah lagi apakah engkau mengharap rahmat Allah di kala hidup, dikala mati, dikala berada dialam kubur dan diwaktu hari hari kebangkitan, maka bangunlah ditengah malam sunyi dan solatlah engkau memohon keredhaan Tuhanmu. semoga apa yang tulis disini akan menjadi panduan untuk kita semua menuju jalan yang diredhai Allah.

Petikan dari Peringatan Sebelum Mati =)