Point2sop

Followers

Showing posts with label pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label pembelajaran. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Kursus percuma Building Operation Maintance (BOM2)

Alhamdulliah, telah selesai menjalani kursus Building Operation Maintance (BOM2) pada minggu lepas... kiranya 21 januari 2013 hingga 25 januari 2013.. bertempat di cheras batu 9 ( dekat dengan balai polis batu9)  kursus nie percuma jer.. ,tapi kene mematuhi syarat2 nya lah... macam kene ada kad CIDB yang valid lagi... dan ada lagi syaratnya.. untuk lebih lanjut boleh lah kunjung laman web nie http://kursusseparuhmasa.blogspot.com/..


kerja2 wairing dijalankan
check balik suis perantaraan..

projek telah berjaya dengan jayanya..

group2 lain turut berjaya



hari terakhir, ujian teori..
gambar kenangan BOM2 21-25 januari 2013

Tuesday, November 1, 2011

KOD ETIKA KONTRAKTOR

PRINSIP I : JUJUR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

1. Semua kontraktor mestilah melaksanakan semua kerja pembinaan dengan jujur, berintegriti dan bertanggungjawab dengan adil, saksama dan cemerlang dengan matlamat

bagi memenuhi kepuasan pelanggan melalui pencapaian tahap kualiti yang dipersetujui atau ditetapkan.

2. Semua kontraktor mestilah menolak sebarang bentuk rasuah yang merangkumi pemberian atau penerimaan habuan yang tertentu atau aktiviti yang tidak beretika yang ditolak oleh masyarakat dalam mana-mana proses perolehan dan perlaksanaan projek pembinaan.

3. Semua kontraktor mestilah meletakkan aspek amanah sebagai satu kekuatan unjuran (driving force) bagi melaksanakan kerja pembinaan dengan sempurna dan penuh tanggungjawab.

4. Semua kontraktor mestilah menjalankan perniagaannya dengan cara atau mekanisma yang mencerminkan imej yang baik serta gambaran yang sihat terhadap syarikat, persatuan yang dianggotai, industri pembinaan serta negara umumnya.

5. Semua kontraktor mestilah memberikan keutamaan untuk melaksanakan kerja pembinaan dengan komitmennya sendiri dan mengelakkan pemberian kerja secara total atau berkali-kali yang boleh menjejaskan penyampaian kerja, kualiti perkhidmatan atau produk pembinaan. Semua pemberian kerja mestilah dipantau dengan rapi supaya perkhidmatan yang berkualiti dapat dikekalkan.

6. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari mengesahkan perlaksanaan kerja pembinaan kontraktor atau sub-kontraktor lain kecuali perkhidmatan itu telah diurus dan dipantau dengan rapi oleh pihaknya sendiri.

7. Semua kontraktor mestilah mengelakkan dari mengguna dokumen palsu atau iklan yang mengelirukan bagi apaapa tujuan yang berkaitan perolehan lesen atau kontrak serta perlaksanaan kerja pembinaan.

8. Semua kontraktor mestilah menghormati sensitiviti dan kerahsiaan maklumat yang diperolehi semasa menyampaikan perkhidmatan pembinaan dan tidak boleh membocorkan sebarang maklumat yang berkaitan kerja pembinaannya yang boleh mengancam kepentingan mana-mana pihak.

9. Semua kontraktor mestilah memaklumkan kepada pelanggannya sebarang percanggahan kepentingan (conflict of interest) yang timbul sepanjang perlaksanaan projek pembinaan.

10. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan serta berbentuk fitnah dengan niat menimbulkan keadaan huru-hara atau impak yang negatif terhadap mana-mana individu atau organisasi atau pihak-pihak lain yang berkaitan dengannya.

11. Semua kontraktor mestilah memberikan persetujuan bertulis kepada pelanggannya terhadap mana-mana dokumen kontrak, lukisan rekabentuk, spesifikasi bahan dan perancangan pembinaan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja pembinaan termasuk bagi kerjakerja tambahan.

12. Semua kontraktor mestilah menggunakan kadar nilai harga sepertimana yang termaktub dalam perjanjian kontraknya sama ada secara lisan atau bertulis dan sebarang perubahan hanya akan berkuatkuasa apabila mendapat persetujuan bersama secara bertulis dengan

pihak pelanggan. Semua kontraktor mestilah juga memberikan anggaran kos terperinci, jadual perlaksanaan kerja serta jadual bayaran dan menandatangani semua kontrak

perjanjian (jika ada) sebelum memulakan kerja pembinaannya.

13. Semua kontraktor mestilah memaklumkan kepada pelanggan mengenai semua perkhidmatan sub-kontraktor yang akan digunakan sepanjang tempoh kerja pembinaannya.

14. Semua kontraktor mestilah menyiapkan kerja pembinaannya dalam tempoh masa yang telah dipersetujui di dalam kontrak. Tambahan atau lanjutan tempoh penyiapan hanya dibenarkan dengan persetujuan bersama pelanggan setelah alas an lanjutan dikemuka dan difahami oleh kedua-dua pihak.

15. Semua kontraktor mestilah menjaga setiap aset dan premis pelanggan yang di bawah pengawasannya semasa kerja pembinaan dijalankan dan memeliharanya sebaik mungkin

secara penuh hormat dan diserah semula kepada pelanggan dalam keadaan yang bersih dan berfungsi sepertimana yang dijanjikan.

16. Semua kontraktor mestilah berusaha memberikan maklum balas kepada pelanggan atau pihak-pihak yang berkepentingan terhadap sebarang pertanyaan, penjelasan atau pertikaian darihal kerja pembinaannya dengan kadar yang segera.

17. Semua kontraktor mestilah memperakukan hasil kerja pembinaannya dan bertanggungjawab bagi segala yang termaktub dalam perjanjian kontrak. Semua kontraktor juga mestilah bertanggungjawab terhadap kecacatan dalam bahan binaan dan perkhidmatannya dan melaksanakan pembetulan atau pembaikan dengan cara dan masa yang dipersetujui bersama pelanggannya dengan mengambilkira warranty yang ditetapkan bagi manamana skop pembinaan yang terlibat.

18. Semua kontraktor mestilah mengadakan pemeriksaan bersama (joint inspection) dengan pelanggannya dan menyiapkan semua kerja yang tergendala atau tidak sempurna sebelum menerima bayaran akhir.

19. Semua kontraktor mestilah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pembayaran bagi perkhidmatan yang disediakan oleh semua rakan kongsi, sub-kontraktor, pembekal bahan binaan, pembekal mesin dan jentera, pembiaya kewangan serta pihak-pihak lain yang terlibat dengan projek pembinaannya secepat mungkin mengikut terma kontrak yang dipersetujui.

20. Semua kontraktor mestilah tidak mengambil kesempatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan serta mana-mana pihak yang berkaitan dalam menyampaikan perkhidmatan pembinaan.


PRINSIP 2 : PEMATUHAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Semua kontraktor yang berdaftar dengan badan-badan berkepentingan dalam industri pembinaan mestilah mematuhi dan menerima pakai semua peraturan, panduan dan keputusan

yang diperakukan oleh pihak yang berkenaan sepanjang masa.

2. Semua kontraktor mestilah menggunakan perkhidmatan sub-kontraktor yang berketerampilan dan sah berdaftar dari segi undang-undang serta pekerja binaan mahir dan kompeten yang diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

3. Semua kontraktor mestilah memberikan keutamaan menggunakan perkhidmatan pekerja binaan tempatan dan sama sekali tidak menggunakan perkhidmatan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI). Pekerja-pekerja ini mestilah bukan di bawah umur.

4. Semua kontraktor mestilah memahami dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh sistem perundangan negara dan agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dengan segala aspek yang berkaitan dengan kerja pembinaan dan industry pembinaan.

5. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap penggunaan pelanggan (pemunya projek, pembekal bahan binaan dan jentera, pembiaya kewangan dan lain-lain) yang diketahui sebagai entiti yang menjalankan operasi berbentuk penipuan atau bentuk lain yang salah di sisi undang-undang negara.


PRINSIP 3 : PENGHORMATAN KEPADA INDIVIDU DANMASYARAKAT

1. Semua kontraktor mestilah mengutamakan perasaan hormat menghormati terhadap semua pihak yang terlibat dalam sesebuah projek pembinaan termasuklah menghormati nilai, sejarah, agama, kepercayaan dan kebudayaan masyarakat tempatan sepanjang tempoh melaksanakan kerja pembinaan.

2. Semua kontraktor mestilah mengelak dari mengamalkan diskriminasi dalam sebarang bentuk berasaskan kaum, umur, jantina, negeri dan negara asal, keupayaan atau orientasi seksual dalam masa perlaksanaan semua aktiviti pembinaan.

3. Semua kontraktor mestilah memastikan bahawa setiap pekerjanya disediakan persekitaran kerja yang memuaskan, dilayan dengan adil, dibayar dengan ganjaran yang setimpal dan membantu mereka dari aspek pembangunan kerjaya serta kebajikan dengan sewajarnya.


PRINSIP 4 : KEPENTINGAN KUALITI, KEMAHIRAN DAN PIAWAIAN

1. Semua kontraktor mestilah berusaha untuk mengekal, memantap dan meningkatkan lagi kecekapan, kepakaran dan profesionalisma serta memberi galakan yang sama kepada pekerja-pekerjanya.

2. Semua kontraktor mestilah menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan diperakukan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

dengan jumlah yang mencukupi bagi menyempurnakan kerja pembinaan mengikut kontrak yang dipersetujui.

3. Semua kontraktor mestilah menyelesai dan menyempurnakan mana-mana satu dan semua projek pembinaan menurut amalan standard industri pembinaan yang diterima oleh semua pihak.

4. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari menerima projek pembinaan di luar keupayaan dan sebaliknya memberi keutamaan kepada projek-projek pembinaan yang mempunyai hubungkait dengan bidang kepakaran serta kemampuannya termasuklah kemampuan kewangan.

5. Semua kontraktor mestilah menggunakan bahan dan perkakasan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan dan tidak akan cuba menggunakan bahan dan perkakasan yang tidak lagi dibenarkan penggunaannya.

PRINSIP 5 : KEPENTINGAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBAJIKAN

1. Semua kontraktor mestilah memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja serta kawasan persekitaran supaya kerja pembinaan dan hasilnya tidak

membahayakan (penyakit, kecederaan atau kematian) kepada mana-mana individu yang mempunyai hubungkait dengan perlaksanaan kerja pembinaan, masyarakat sekeliling tapak pembinaan dan sebagainya.

2. Semua kontraktor mestilah menitikberatkan aspek kebajikan semua pekerjanya atas dasar peri-kemanusiaan dalam semua keadaan sepanjang perkhidmatan mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh peruntukan undang-undang.

PRINSIP 6 : KEPENTINGAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

1. Semua kontraktor mestilah melaksanakan kerja pembinaannya dengan penuh pengawasan terhadap alam persekitaran dengan mematuhi semua prosedur yang ditetapkan oleh agensi Kerajaan yang bertanggungjawab. Ini termasuklah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan pembaziran sumber asli (natural resources), melupuskan lebihan bahan pembinaan secara tidak bertanggungjawab atau tindakan-tindakan lain yang boleh mengakibatkan kerosakan alam sekitar.

2. Semua kontraktor mestilah mempunyai polisi dalaman mengenai prinsip ini jika tidak diwajibkan di dalam mana-mana peruntukan undang-undang.

Saturday, October 22, 2011

kabel bawah tanah

kabel bawah tanah (underground) yang dilakukan di kolej psdc. moga atas perkongsian ini saudara/ saudari dapat memperolehi ilmu.







Friday, October 21, 2011

Switch Board (psu)

kerja pendawaian PSU

1. kerja mengalihlkan PSU dari tempat lama ke tempat baru. pastikan anda mempunyai ahli kerja yang ramai untuk mengangkat PSU ini. sebelum itu cabut seperti ACB, pintu sisi. bertujuan untuk ringankan beban untuk menanggkat PSU. INGAT, UTAMAKAN LANGKAH KESELAMATAN.



2. Selepas mengalihkan PSU ke tempat baru. lakukan pendawaian pada PSU. AMARAN BAGI YANG AMATUR!!! pastikan lukisan skematik bersama anda bagi rujukan untuk pendawaian ini.







3. Pastikan anda membuat pemasangan dalam pemantauan penyelia. ini bertujuan pekara yang tidak diingini terjadi.








4. seterusnya, pemasangan pada bahagian kapasitor Bank.






5. Pastikan anda melakukan pemasangan dalam keadaan selamat.
ketatkan skru.









6. seterusnya, pada bahagian belakang PSU, lakukan pendawaian pada current transformer (CT). pastikan ingat dimana S1. kenal dengan barang seperti busbar...









7. pastikan anda membuat kerja dalam keadaan berhemah... jangan gelojoh seperti dalam gambar sebelah. pastikan tidak salah lakukan pendawaian.








8. Diingatkan, pastikan lakukan pendawaian dengan kemas dan berSENI.








9. pada bahagian kapasitor bank. setelah kerja siap, lakukan pemeriksaan atau pengujian. ini bertujuan untuk keselamatan.




Wednesday, June 22, 2011

Electrikal Estimation Works

JENIS-JENIS PENSYARIKATAN

MILIKAN TUNGGAL

Jenis perniagaan ini adalah dimiliki oleh seorang secara bersendirian. Modal perniagaan adalah disumbangkan oleh pemilik sendiri samada daripada simpanannya sendiri ataupun daripada pinjaman.

Contoh perniagaan milikan tunggal; Kedai Buku Lim, Rahmat Travel Agency Dan Klinik Rama.

KEBAIKAN SYARIKAT MILIKAN TUNGGAL

1. Mudah dibentuk

2. Mempunyai dorongan untuk bekerja keras

3. Bebas menguruskan perniagaannya

4. Tiada pemisahan antara milikan dengan fungsi pentadbiran

5. Mudah diurus

6. Beban cukai yang ringan

7. Layanan peribadi

8. Member kredit

9. Lokasi kedai berhampiran dengan rumah pelanggan.

KELEMAHAN MILIKAN TUNGGAL

1. Modalnya terhad

2. Tiada pembahagiaan kerja atau pengkhususan

3. Tiada jaminan perniagaannya akan berterusan

4. Menaggung tanggungan tidak terhad

5. Kurang mendapat kepercayaan daripada bank

6. Risiko yang tinggi

JENIS-JENIS PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL

1. Perniagaan penjajaan

2. Perniagaan bergerai

3. Perniagaan berkedai

4. Kedai am – barangan umum

5. Kedai khas – barangan dengan kegunaan tertentu

6. Kedai perkhidmatan – yang menyediakan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan

PERNIAGAAN PERKONGSIAN

Perkongsian boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk unit perniagaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak melebihi 20 orang yang begabung untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

MILIKAN

Orang yang menyumbangkan modal kepada perkongsian dinamakan ahli atau rakan perkongsiaan dan mereka adalah pemilik sah perkongsian itu dari segi undang-undang.

MODAL PERKONGSIAN DAN PARTNERSHIP DEEDS

Sebelum perniagaan dimulakan satu perjanjiaan harus dibuat antara dengan rakan-rakan.

Perjanjiaan itu dinamakan ikatan perkongsiaan (partnership deeds). Dalam penjanjiaan tersebut perkara-perkara dibawah harus dinyatakan dengan jelas supaya perselisihan faham tidak timbul antara rakan-rakan dimasa hadapan.

1. Nama rakan-rakan dan nama firma

2. Cara untung rugi harus dibahagi diantara rakan-rakan

3. Jumlah modal yang dicarum oleh setiap rakan

4. Kuasa dan tanggungjawab setiap rakan

5. Tempoh perkongsiaan

6. Samada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam pengurusan dibayar gaji ataupun tidak

7. Samada faedah akan diberikan kepada modal yang disumbangkan oleh rakan-rakan

AKTA PERKONGSIAAN 1890

Jika rakan kongsi tidak membuat perjanjian maka segala perselisihan faham yang berlaku antara rakan-rakan kongsi akan diselesaikan menurut peruntukan akta perkongsian 1890.

JENIS-JENIS PERKONGSIAN

Perkongsiaan Biasa

Didalam perkongsian biasa semua rakan mempunyai tanggungan tidak terhad, iaitu kalau rugi, mereka akan bersama-sama menaggung kerugiaan sehingga melibatkan harta peribadi sendiri. Semua rakan dipanggil rakan umum atau biasa dan mereka bersama-sama mempunyai suara didalam pentadbiran dan bersama-sama memikul hutang sekiranya ada. Terdapat 3 jenis ahli perkongsian biasa:

1. Ahli atau rakan: iaitu rakan yang menyumbangkan modal dan mengambil bahagian yang cergas dalam menjalankan perniagaan.

2. Ahli lelap: iaitu ahli yang menyumbangkan modal dan berhak menerima bahagian untung tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengurusan.

3. Ahli namaan: iaitu ahli yang membenarkan nama mereka digunakan dalam perniagaan sebagai rakan kongsi tetapi tidak menyumbangkan modal atau mengambil bahagian dalam pengurusan.

Perkongsian Berhad

Didalm perkongsian berhad mesti ada sekurang-kurangnya seorang rakan biasa yang menanggung tanggungan tidak terhad.

JENIS-JENIS RAKAN KONGSI

1. Rakan umum atau rakan biasa- mereka mempunyai liability tidak terhad serta kuasa dalam pengurusan.

2. Rakan terhad- mereka mempunyai liability terhad tetapi tidak mempunyai hak dalam pengurusan.

Rakan Umum Terdiri Daripada

1. Rakan aktif atau rakan beserta ; mereka mengambil bahagian dan cergas dalam pengurusan.

2. Rakan lelap; mereka menyumbangkan modal dan berhak menerima untung tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengurusan.

3. Rakan nominal atau rakan namaan; mereka hanya membenarkan nama mereka digunakan tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengurusan atau menyumbangkan modal.

SEBAB-SEBAB PERKONGSIAN DIBENTUK

1. Untuk mengumpul lebih banyak modal

2. Untuk menyembarkan risiko

3. Untuk berkongsi pengatahuan, kepakaran dan penglaman

4. Untuk menamatkan persaingan

5. Undan-undang dan adat

6. Dasar kerajaan

7. Mudah dibentuk

SEBAB-SEBAB PERKONGSIAN DIBUBARKAN

1. Kematian, ketidaksiuman atau kebankrapan salah seorang daripada rakan-rakan.

2. Tamatnya tempoh masa yang dipersetujui ataupun tujuan pembentukan perkongsian ini telah dicapai

3. Dengan persetujuan bersama untuk menamatkan perkongsian

4. Dengan keputusan mahkamah yang memerintahkan pembubarannya.

KEBAIKAN PERKONGSIAN

1. Modal tambahan

2. Berkongsi kepakaran

3. Mudah dibentuk

4. Risiko perniagaan dapat disebarkan

5. Beban cukai yang lebih rendah

6. Hal ehwal dalaman perkongsiaan dapat dirahsiakan.

KELEMHAN PERKONGSIAN

1. Liability tidak terhad

2. Kemungkinan berlaku pertelingkahan

3. Penerusan perkongsian tidak terjamin

4. Modal terhad

5. Tindakan seorang melibatkan semua.

PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994

PENDAFTARAN KONTRAKTOR ELEKTRIK

Peraturan 75(1) tiada seorang pun boleh melaksanakan atau menjalankan apa-apa kerja elektrik melainkan jika dia memegang perakuan pedaftaran yang sah sebagai kontraktor elektrik yang dikeluarkan dibawah peraturan-peraturan ini.

Peraturan 75(2) perakuan pendaftaran sebagai kontraktor elektrik hendaklah dalam boring Q yang ditetapkan dalam jadual pertama dan hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun dari tarikh pengeluaran atau pembaharuan perakuan pendaftaran itu.

Kehendak bagi pendaftaran sebagai kontraktor elektrik boleh dikeluarkan atau diperbaharui melainkan jika suruhanjaya berpuashati bahawa:

a) Orang itu yang telah mendaftarkan perniagaannya dibawah akta perdaftaran perniagaan 1956 atau ialah sebuah syarikat yang didaftarkan atau dipebadanankan dibawah akta syarikat 1965

b) Orang itum mengambil kerja sepenuh masa suatu bilangan pendawai seperti yang dinyatakan dalam peraturan 78 yang relevan dengan kelas kontraktor elektrik yang berhubungan dengan permohonannya

c) Orang itu mempunyai perlindungan insuran untuk pekerjanya dibawah akta keselamatan social pekerja

d) Orang itu memiliki kelenngkapan yang sesuai, kelengkapan menguji dan peralatan yang menghubung dengan kerjanya yang akan ditentukan oleh suruhanjaya.

MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI BAGI PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR ELEKTRIK.

Peraturan 77 sebelum mengeluarkan atau memperbaharui suatu perakuan pedaftaran sebagai kontraktor elektrik, suruhanjaya boleh menghendaki orang itu mengemukakan maklumat berikut:

A) Nama dan alamat semua pekongsi dalam hal perkonsian berdaftar, dan tentang semua pengarah, pengurus dan pemegang saham dalam hal syarikat berdaftar.

B) Premis yang disewa atau dipunyai bagi menjalankan perniagaan

C) Apa-apa maklumat lain yang suruhanjaya fikirkan perlu,

PENGELASAN KONTRAKTOR ELEKTRIK

Peraturan 78(1) kontraktor elektrik hendaklah dikelaskan dibawah mana-mana kelas yang berikut:

a) Kelas A

b) Kelas B

c) Kelas C

d) Kelas D

Peraturan 78(2) kontraktor kelas A hendaklah orang yang

a) Berupaya untuk menjalankan kerja elektrik yang melen=bihi satu juta ringgit nilainya;

b) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya tiga orang pendawai dengan sekatan fasa tiga, dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangnya daripada menjadi salah seorang dari pendawai itu;

c) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang pendawai dengan sekatan fasa tiga yang diberi kuasa untuk menguji sesuatu pepasangan dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarang pendawai itu dari menjadi salah seorang daripada tiga orang pendawai dengan sekatan fasa tiga itu sebagaimana yang diperuntukan dalam perenggan (b);

d) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang pendawai dengan sekatan fasa tunggal dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangnya daripada menjadi salah seorang daripada dua pendawai itu.

Peraturan 78(3) kontraktor kelas B hendaklah orang yang –

Berupaya untuk menjalankan kerja elektrik yang mencapai satu juta ringgit nilainya;

a) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya tiga orang pendawai dengan sekatan fasa tiga, dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangnya daripada menjadi salah seorang dari pendawai itu;

b) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang pendawai dengan sekatan fasa tiga yang diberi kuasa untuk menguji sesuatu pepasangan dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarang pendawai itu dari menjadi salah seorang daripada tiga orang pendawai dengan sekatan fasa tiga itu sebagaimana yang diperuntukan dalam perenggan (b);

c) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang pendawai dengan sekatan fasa tunggal dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangnya daripada menjadi salah seorang daripada dua pendawai itu.

Peraturan 78(4) kontrakror kelas C hendaklah orang yang –

a) Berupaya untuk menjalankan kerja elektrik yang mencapai lima ratus ribu ringgit nilainya;

b) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya tiga orang pendawai dengan sekatan fasa tiga, dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangnya daripada menjadi salah seorang dari pendawai itu;

c) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang pendawai dengan sekatan fasa tiga yang diberi kuasa untuk menguji sesuatu pepasangan dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarang pendawai itu dari menjadi salah seorang daripada tiga orang pendawai dengan sekatan fasa tiga itu sebagaimana yang diperuntukan dalam perenggan (b);

Peraturan 78(5) kontraktor kelas D hendaklah orang yang-

a) Berupaya untuk menjalankan kerja elektrik yang mencapai lima ratus seratus ringgit nilainya;

b) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya tiga orang pendawai dengan sekatan fasa tunggal, dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangnya daripada menjadi salah seorang dari pendawai itu;

c) Telah mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang pendawai dengan sekatan fasa tunggal dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarangnya daripada menjadi salah seorang daripada dua pendawai itu; dan

d) Hendaklah melakukan kerja pendawaiaan pada pepasangan fasa tunggal yang menerima bekalan elektrik daripada pemengang lessen atau pihak berkuasa bekalan mengikut mana-mana yang berkenaan melalui system dua dawai fasa tunggal

Peraturan 78(6) seseorang kontraktor elektrik boleh memohon kepada suruhanjaya untuk dinaikan daripada satu kelas ke kelas yang lain.